Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Jun 2013

Bab 198 Sunnahnya Berbaring Sesudah Mengerjakan Solat sunnah Dua Rakaat Fajar Sebelum Subuh Pada Lambung Sebelah Kanan Dan Anjuran Untuk Melakukan Ini, Baikpun Pada Malam Harinya Bersolat Tahajud Atau Tidak




1107. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu apabila sudah selesai bersolat dua rakaat fajar solat sunnah sebelum Subuh lalu beliau s.a.w. berbaring pada lambungnya yang sebelah kanan yakni miring kanan."
(Riwayat Bukhari)

1108. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu bersolat antara sesudah selesainya solat Isyak sampai terbitnya fajar sebanyak sebelas rakaat, setiap habis dua rakaat beliau s.a.w. bersalam dan berwitir dengan satu rakaat. Jikalau muazzin sudah diam dengan bunyi azan solat Subuh dan sudah tampak jelas terbitnya fajar dan telah didatangi oleh muazzin, lalu beliau s.a.w. berdiri untuk melakukan solat sunnah dua rakaat yang ringan, kemudian berbaring pada belahan tubuhnya yang kanan sehingga beliau s.a.w. didatangi oleh muazzin untuk memberitahukan waktunya iqamat." 
(Riwayat Muslim)

Ucapan Aisyah radhiallahu 'anha: Yusallimu baina kulli rak'ataini, demikianlah yang tertera dalam kitab shahih Muslim. Adapun ertinya ialah bersalam sesudah setiap dua rakaat - baina dengan erti sesudah.

1109. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua sudah bersolat dua rakaat sunnah fajar  sebelum Subuh, maka hendaklah berbaring pada sebelah kanannya."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dengan isnad-isnad shahih. Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan