1136.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Yang
Bermaksud : "Kekasihku
yakni Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa
sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya
saya bersolat witir dulu sebelum tidur."
(Muttafaq
'alaih)
Melakukan
solat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan bagi seseorang yang tidak
mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat
mempercayai dirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.
1137.
Daripada Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
Bermaksud : "Setiap
ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada
saban pagi harinya, maka setiap sekali tasbih bacaan Subhanallah adalah
sedekah, setiap sekali tahmid bacaan Alhamdulillah adalah sedekah, setiap
sekali tahlil bacaan La ilaha ilallah adalah sedekah, setiap sekali takbir
bacaan Allahu Akbar adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan adalah
sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat
dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari solat Dhuha."
(Riwayat
Muslim)
1138.
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Rasulullah
s.a.w. itu bersolat Dhuha empat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu
sekehendak hatinya."
(Riwayat
Muslim)
1139.
Daripada Ummu Hani' yaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
Bermaksud : "Saya
pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan kota Mekah, lalu saya
temui beliau s.a.w. sedang mandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu
bersolat sebanyak lapan rakaat. Itulah solat Dhuha."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah yang diringkaskan dari lafaznya salah satu dari beberapa riwayat Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan