Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Jun 2013

Bab 199 Solat Sunnah Zuhur




1110. Daripada ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya bersolat bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum zuhur dan dua rakaat sesudahnya."
(Muttafaq 'alaih)

1111. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak meninggalkan solat sunnah sebanyak empat rakaat sebelum Zuhur."
(Riwayat Bukhari)

1112. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. bersolat di rumahku empat rakaat sebelum Zuhur kemudian keluar lalu bersolat bersama orang banyak, terus masuk rumah lagi lalu bersolat dua rakaat. Beliau s.a.w. itu juga bersolat Maghrib bersama orang banyak lalu masuk rumah terus bersolat dua rakaat sunnah dan beliau s.a.w. bersolat Isyak dengan orang banyak dan masuk rumah lalu bersolat dua rakaat sunnah.”
(Riwayat Muslim)

1113. Daripada Ummu Habibah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa menjaga solat sunnah empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat lagi sesudahnya, maka Allah mengharamkan orang itu atas neraka."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1114. Daripada Abdullah bin as-Saib r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersolat empat rakaat sunnah setelah matahari lingsir tergelincir iaitu sebelum solat Zuhur yang wajib dan bersabda: "Bahawasanya ini adalah saat dibukanya pintu-pintu langit, maka saya senang kalau amalan solehku naik di situ."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1115. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. apabila tidak bersolat empat rakaat sebelum Zuhur, maka beliau s.a.w. bersolat empat rakaat itu sesudahnya Zuhur."


Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan