Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 10 Jun 2013

Bab 195 Keutamaan solat-solat Sunnah Rawaatib Yang Mengikuti Solat-solat Fardhu Dan Uraian Sesedikit-sedikit Rakaatnya, Sesempurna sempurnanya Dan Yang Pertengahan Antara Keduanya



1094. Daripada Ummul mukminin iaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufian radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Taala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga." 
(Riwayat Muslim)

1095. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya bersolat bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat lagi sesudahnya, juga dua rakaat sesudah Jumaat, dua rakaat sesudah Maghrib dan dua rakaat pula sesudah Isyak." 
(Muttafaq 'alaih)

1096. Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Antara setiap dua azan boleh bersolat sunnah, antara setiap dua azan boleh bersolat sunnah, antara setiap dua azan boleh bersolat sunnah." Dalam ketiga kalinya ini beliau s.a.w. bersabda: "Bagi orang yang suka mengerjakan itu."
(Muttafaq 'alaih)


Yang dimaksudkan dengan dua azan itu ialah azan dan iqamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan