Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Jun 2013

Bab 201 Solat Sunnah Maghrib, Sesudah Dan Sebelumnya




Sudah terdahulu dalam bab-bab di muka Hadisnya Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma - lihat Hadis no. 1095 - dan Hadisnya Aisyah radhiallahu 'anha - lihat Hadis no. 1112 - dan keduanya itu adalah shahih bahawa Nabi s.a.w. bersolat dua rakaat sesudah Maghrib.

1119. Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Bersolatlah engkau semua sebelum Maghrib yakni solat sunnah." Beliau s.a.w. mengucapkan dalam sabdanya yang ketiga kalinya dengan tambahan: "Bagi siapa yang ingin melakukannya." 
(Riwayat Bukhari)

1120. Daripada Anas r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Sungguh-sungguh saya telah melihat golongan sahabat-sahabat besar-besar sama bersegera ke ruang dalam masjid ketika Maghrib yakni sesudah azan Maghrib dibunyikan perlu solat sunnah di situ.”
(Riwayat Bukhari)

1121. Daripada Anas r.a. pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. bersolat dua rakaat sesudah terbenamnya matahari yakni sebelum Maghrib." la ditanya: "Apakah Rasulullah s.a.w. juga bersolat sunnah itu?" Anas r.a. menjawab: "Beliau s.a.w. melihat kita bersolat dua rakaat itu, tetapi beliau s.a.w. tidak menyuruh kita melakukannya dan tidak pula melarangnya."
(Riwayat Muslim)

1122. Daripada Anas r.a. pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Kita semua ada di Madinah, maka jikalau muazzin telah selesai berazan untuk solat Maghrib, maka orang-orang sama bersegera ke ruang dalam masjid lalu bersolat dua rakaat, sehingga sesungguhnya seseorang asing yang tempatnya bukan di Madinah nescayalah kalau ia masuk masjid pasti mengira bahawa solat wajib Maghrib sudah selesai dikerjakan kerana banyaknya orang yang bersolat sunnah dua rakaat sebelum Maghrib itu." 

(Riwayat Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan