Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Jun 2013

Bab 196 Mengukuhkan Sunnahnya Dua Rakaat Subuh.



1097. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak meninggalkan solat sunnah empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh." 
(Riwayat Bukhari)

1098. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya :

Yang Bermaksud : "Tidak ada sesuatu amalanpun dari golongan amalan-amalan sunnah yang lebih ditetapi oleh Nabi s.a.w. melebihi dua rakaat fajar yakni dua rakaat sebelum solat Subuh."
(Muttafaq 'alaih)

1099. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: 

Yang Bermaksud : "Dua rakaat sunnah fajar yakni sebelum Subuh adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini yakni dunia dan seisinya." 
(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Nescayalah kedua rakaat sebelum Subuh itu lebih saya cintai daripada dunia seluruhnya ini."

1100. Daripada Abu Abdillah iaitu Bilal bin Rabah r.a., juru azan Rasulullah s.a.w. bahawasanya ia mendatangi Rasulullah s.a.w. untuk memberitahukannya dengan masuknya solat Subuh. Kemudian Aisyah mempersibukkan Bilal dengan sesuatu urusan yang ditanyakan oleb Aisyah kepada Bilal itu, sehingga waktupun menjadi pagi sekali. Selanjutnya Bilal berdiri lalu memberitahukannya dengan masuknya waktu solat dan beliau s.a.w. mengikuti pemberitahuannya itu. Rasulullah s.a.w. belum lagi keluar. Setelah beliau s.a.w. keluar, lalu beliau s.a.w. bersolat dengan orang banyak. Bilal kemudian memberitahukan kepada beliau s.a.w. bahawa Aisyah mempersibukkan dirinya dengan sesuatu perkara yang ditanyakan padanya, sehingga waktunya menjadi pagi sekali dan Nabi s.a.w. terlambat keluarnya. Nabi s.a.w. lalu bersabda: 
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya saya tadi melakukan solat dua rakaat fajar sebelum Subuh." Bilal berkata: "Ya Rasulullah, Tuan tadi sudah berpagi-pagi sekali." Beliau s.a.w. menjawab: "Andaikata saya berpagi-pagi lebih daripada pagi tadi, nescayalah saya akan melakukan dua rakaat dan saya perbaguskan serta saya perindahkan lagi."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad hasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan