Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 9 Jun 2013

Bab 192 Anjuran Mendatangi Solat Jemaah Subuh Dan Isyak



1068. Daripada Usman r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk." 
(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Termidzi dari Usman r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menghadiri solat Isyak berjemaah, maka baginya adalah pahala mengerjakan solat selama separuh malam dan barangsiapa yang bersolat Isyak dan Subuh berjemaah, maka baginya adalah pahala seperti mengerjakan solat semalam suntuk."
Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1069. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak." 
(Muttafaq 'alaih)

Dan Hadis ini telah dahulu secara lengkapnya yang panjang. Lihat Hadis no. 1030.

1070. Daripada Abu Hurairah r.a. pula katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak ada suatu solatpun yang terlebih berat dirasakan oleh orang-orang munafik itu daripada solat Subuh dan Isyak, tetapi andaikata mereka mengetahui betapa besar pahalanya kedua solat itu, nescayalah mereka akan mendatanginya sekalipun dengan berjalan merangkak ke tempat jemaahnya." 

(Muttafaq 'alaih)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan