Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 14 Jun 2013

Bab 204 Sunnahnya Mengerjakan Solat-solat Sunnah Di Rumah, Baikpun Sunnah Rawatib Atau Lain-lainnya Dan Perintah Berpindah Untuk Bersolat Sunnah Dari Tempat Yang Digunakan Bersolat Wajib Atau Memisahkan Antara Kedua Solat Itu Dengan Pembicaraan





1125. Daripada Zaid bin Tsabit r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bersolatlah engkau semua, hai sekalian manusia, sebab sesungguhnya seutama-utama solat itu ialah solatnya seseorang yang dikerjakan dalam rumahnya, kecuali solat yang diwajibkan."
(Muttafaq 'alaih)

1126. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Jadikanlah dari sebahagian solatmu yakni yang sunnah itu di rumah-rumahmu sendiri dan janganlah menjadikan rumah-rumah itu sebagai kuburan yakni tidak pernah digunakan solat sunnah atau membaca Al-Quran yakni sunyi dari ibadat." 
(Muttafaq 'alaih)

1127. Daripada Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

 Yang Bermaksud : "Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah menyelesaikan solatnya di masjid, maka hendaklah memberikan sekadar bahagian dari sebahagian solatnya yakni yang sunnah-sunnah untuk rumahnya, kerana sesungguhnya Allah membuat kebaikan dalam rumahnya itu kerana solatnya tadi." 
(Riwayat Muslim)

1128. Daripada 'Amr bin 'Atha' bahawasanya Nafi' bin Jubair menyuruhnya pergi kepada as-Saib bin Yazid anak lelaki dari saudara perempuannya Namir, perlu menekankan padanya yakni 'Amr supaya bertanya kepada as-Saib perihal sesuatu yang pernah dilihat oleh Mu'awiyah dari dirinya mengenai solat. As-Saib lalu berkata: 

Yang Bermaksud : "Ya, saya pernah bersolat Jumaat dengan Mu'awiyah di ruang dalam masjid. Ketika imam sudah bersalam, saya lalu berdiri lagi di tempatku solat wajib tadi lalu saya bersolat sunnah. Kemudian setelah ia masuk rumah, lalu ia menyuruh saya datang padanya, kemudian berkata: "Jangan engkau mengulangi lagi sebagaimana yang engkau kerjakan tadi. Jikalau engkau solat Jumaat, maka janganlah engkau persambungkan di tempatmu tadi itu dengan solat sunnah, sehingga engkau berbicara dulu atau keluar, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita yang sedemikian itu, iaitu supaya tidak dipersambungkan solat itu dengan solat lain sehingga kita berbicara atau keluar dulu." 

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan