Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 11 Jun 2013

Bab 200 Solat Sunnah Asar




1116. Daripada Ali bin Abu Thalib, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. itu bersolat sunnah empat rakaat sebelum Asar, memisahkan antara empat rakaat tadi dengan bersalam yakni sesudah dapat dua rakaat bersalam dulu kepada para malaikat muqarrabun dan orang-orang yang mengikuti mereka dari golongan kaum Muslimin dan mukminin."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1117. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang bersolat sunnah empat rakaat sebelum Asar."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1118. Daripada Ali bin Abu Thalib r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersolat sunnah dua rakaat sebelum Asar.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan