Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 30 Jun 2013

Bab 262 Memiliki Ketetapan Dalam Apa Yang Diucapkan Atau Apa Yang Diceritakan




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan janganlah engkau turut pada sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengertian dalam hal itu." 
(al-lsra': 36)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib pencatat kebaikan dan 'Atid pencatat keburukan." 
(Qaf:18)

1544. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Cukuplah seseorang itu dustanya apabila ia mengutarakan segala sesuatu yang didengar olehnya." 
(Riwayat Muslim)

1545. Daripada Samurah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang membicarakan sesuatu Hadis daripada saya  Nabi s.a.w., sedang ia mengetahui bahawa apa yang dibicarakan olehnya itu adalah dusta, maka ia adalah seseorang di antara golongan kaum pendusta."
(Riwayat Muslim)

1546. Daripada Asma' radhiallahu 'anha bahawasanya ada seorang perempuan berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya ini mempunyai seorang madu, maka apakah kiranya saya memperoleh dosa jikalau saya berpura-pura kenyang dari suami saya itu selain yang ia berikan pada saya?" Nabi s.a.w bersabda; "Seseorang yang berpura-pura kenyang dengan sesuatu yang ia tidak diberi, maka ia adalah orang yang mengenakan dua macam pakaian kedustaan."
(Muttafaq 'alaih) 

Almutasyabbi' ialah seseorang yang menampakkan dirinya sebagai seseorang yang kenyang, padahal ia sebenarnya bukan seorang yang kenyang. Adapun maknanya di sini ialah bahawa ia menampakkan bahawa ia memperoleh sesuatu keutamaan seperti pemberian dan Iain-Iain, padahal sebenarnya ia tidak memperoleh itu.
Adapun labisu tsaubai zurin iaitu yang menanggung kedustaan, maksudnya ialah memalsukan dirinya sendiri di hadapan orang banyak bahawa ia seolah-olah mengenakan pakaian ahli zuhud, ahli ilmu pengetahuan atau seorang yang berharta banyak dengan tujuan agar orang-orang itu tertipu oleh apa yang dilihatnya, padahal sebenarnya ia tidak memiliki sifat sebagaimana yang diperlihatkan kepada orang banyak itu. Ada pula ulama yang menerangkan bahawa maksudnya tidak sebagaimana yang diuraikan di atas.


Wallahu a'lam.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan