Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Dan berbuat baiklah kepada
kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang
menjadi kerabat, tetangga yang bukan kerabat, teman dalam perjalanan, orang
yang dalam perjalanan dan apa-apa yang menjadi milik tangan kananmu yakni hamba
sahaya. Sesungguhnya Allah itu tidak menyukai orang-orang yang sombong serta
membanggakan diri."
(an-Nisa': 36)
1597. Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu
'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Ada seorang wanita yang
disiksa oleh Allah dengan sebab seekor kucing. la penjarakan binatang itu
sehingga mati lalu masuklah ia dalam neraka. Wanita itu tidak suka memberinya
makan dan minum ketika ia memenjarakannya itu, juga tidak dibiarkannya makan
dari binatang-binatang kecil yang merayap di bumi."
(Muttafaq 'alaih)
Khasyasyul ardhi dengan fathahnya kha' mu'jamah dan dengan syin mu'jamah yang didubbelkan, ertinya
ialah binatang-binatang merayap serta yang kecil-kecil yang ada di bumi.
1598. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma pula bahawasanya ia
berjalan melalui beberapa pemuda dari golongan Quraisy. Mereka itu membuat
seekor burung yang hidup guna dipakai sebagai sasaran dan mereka melemparnya
kepada pemilik burung itu, mereka memberikan setiap anak panah mereka yang
tidak mengenai sasarannya. Setelah mereka melihat Ibnu Umar, merekapun lalu
berpisah-pisah yakni buyar. Kemudian Ibnu Umar berkata: "Siapakah yang melakukan ini?
Allah melaknat orang yang mengerjakan sedemikian ini. Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. melaknat kepada orang yang membuat sesuatu benda yang ada ruhnya yakni
yang hidup untuk dijadikan sebagai sasaran misalnya untuk lempar-lemparan atau
tembak-tembakan."
(Muttafaq 'alaih)
Algharadhu dengan fathahnya ghain mu'jamah dan ra', iaitu suatu yang dituju atau benda
yang dijadikan tujuan yakni sasaran.
1599. Daripada Anas r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Rasulullah s.a.w. melarang
kalau binatang-binatang itu dipenjarakan untuk dibunuh."
(Muttafaq 'alaih)
Maknanya ialah dipenjarakan dengan
tujuan supaya mati dengan cara itu yakni kelaparan.
1600. Daripada Abu 'Ali, iaitu Suwaid
bin Muqarrin r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Saya telah mengetahui
bahawa saya adalah orang ketujuh dari tujuh orang bersaudara dari golongan
anak-anak Muqarrin. Kita tidak mempunyai seorang pelayanpun melainkan seorang
saja, kemudian pelayan kita itu dipukul oleh saudara kita yang terkecil di
antara saudara-saudara yang Iain-Iain. Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyuruh
kepada kita supaya pelayan tersebut kita merdekakan sebab ia adalah hamba
sahaya."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan: "Saya adalah orang ketujuh
dari semua saudaraku."
1601. Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a.,
katanya:
Yang Bermaksud : "Saya pernah memukul bujang
saya dengan cemeti, lalu saya mendengar suara dari belakang saya, berkata:
"Ketahuilah hai Abu Mas'ud." Saya tidak memahami benar-benar isi
suara yang diucapkan kerana kemarahan. Setelah mendekat kepada saya, tiba-tiba
yang bersuara itu adalah Rasulullah s.a.w. dan selanjutnya bersabda:
"Ketahuilah hai Abu Mas'ud
bahawasanya Allah itu lebih kuasa untuk berbuat semacam itu padamu daripada
engkau berbuat sedemikian tadi pada bujang ini."
Saya lalu berkata: "Saya tidak akan
memukul seorang hamba sahayapun sehabis peristiwa ini untuk selama-lamanya."
Dalam riwayat lain disebutkan: Lalu
cemeti itu jatuh dari tanganku kerana kewibawaan beliau s.a.w.
Dalam riwayat lain lagi disebutkan: Saya
lalu berkata: "Ya Rasulullah, ia saya nyatakan merdeka kerana mengharapkan
keredhaan Allah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau
tidak berbuat sedemikian ini yakni memerdekakan hamba sahaya yang sudah
dipukuli tadi, nescayalah engkau akan dijilat oleh api neraka atau akan
disentuh api neraka itu."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan
semua riwayat di atas itu.
1602. Daripada Ibnu Umar radhiallahu
'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang memukul
bujangnya dan ia tidak diterapi hukuman had sebagai balasan pukulannya atau
menempeleng bujangnya, maka kaffarah yakni dendanya ialah memerdekakan hamba
sahayanya itu."
(Riwayat Muslim)
1603. Daripada Hisyam bin Hakim bin
Hizam radhiallahu 'anhuma bahawasanya
ia berjalan di negeri Syam melalui beberapa orang dari Anbath. Mereka itu
didirikan di bawah matahari yakni dijemur di panas matahari-dan dituangkanlah
minyak di atas kepala mereka. la berkata: "Ada
peristiwa apakah ini?" la
memperoleh jawapan bahawa mereka itu disiksa kerana belum memenuhi pembayaran
pajak kepada Negara.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Mereka itu ditahan dengan sebab urusan pajak." Hisyam lalu berkata:
"Saya menyaksikan nescayalah saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah akan
menyiksa orang yang menyiksa para manusia ketika ada di dunia." Selanjutnya ia masuk ke tempat
amir yakni gabernor lalu ia diberitahu tentang hal itu, kemudian amir itu
menyuruh supaya orang-orang yang disiksa tadi didatangkan di mukanya lalu
mereka dilepaskan semuanya.
(Riwayat Muslim)
Al-Anbath ialah para petani dari golongan orang-orang 'ajam yakni
bukan Arab di Syam.
1604. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu
'anhuma, katanya:
Yang Bermaksud : “Rasulullah s.a.w. melihat
seekor keldai yang ditandai di mukanya dengan menggunakan pengicisan dengan api
lalu beliau mengingkari yang sedemikian itu yakni menganggapnya sebagai suatu
kemungkaran atau hal yang dosa. Kemudian ibnu Abbas berkata: "Demi Allah,
saya tidak akan menandai keldai itu melainkan di bahagian tubuh yang jauh
sekali dari mukanya." la lalu menyuruh mendatangkan keldainya lalu
diciskanlah diseterikakanlah pada kedua punggungnya. Ibnu Abbas adalah
pertama-tama orang yang mengeciskan pada kedua punggung binatang.”
(Riwayat Muslim)
Alja'iratani " ialah ujung punggung yang ada di sekitar buritan yakni dubur.
1605. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu
'anhuma pula bahawasanya Nabi
s.a.w. dilalui oleh seekor keldai yang telah diberi tanda ciscisan dengan api
di mukanya, lalu beliau s.a.w. bersabda:"Allah melaknat kepada orang
yang menandai sedemikian ini."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan
pula: Rasulullah s.a.w. melarang memukul di muka dan memberi tanda cis-cisan di
muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan