Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Ingatlah bahawa laknat Allah
adalah atas orang-orang yang menganiaya."
(Hud: 18)
Allah Taala berfirman pula:
Yang Bermaksud : "Maka berserulah orang yang
menyerukan bahawasanya laknat Allah adalah atas orang-orang yang
menganiaya."
(al-A'raf)
Sudah tetap dalam Hadis shahih
bahawasanya Rasulultah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat kepada orang yang
menghubungkan rambutnya dengan rambut orang lain serta orang yang meminta
supaya rambutnya dihubungkan dengan rambut orang lain." (lihat Hadis no. 1639), sabdanya pula:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat kepada orang makan
harta riba." (Hadis no. 1612), sabdanya lagi:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat orang-orang yang
menggambar sesuatu yang berjiwa.” (lihat bab no. 305), sabdanya lagi:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat orang yang
mengubah-ubah batas-batas bumi." yakni batas-batas yang ditentukan dalam
bumi itu menurut persetujuan negara-negara yang bersangkutan, sabdanya lagi:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat pencuri yang
mencuri sebutir telur." sabdanya lagi:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat orang melaknat kepada
kedua orang tuanya." (Hadis no. 338), juga
Yang Bermaksud : "Allah melaknat orang yang
menyembelih selain kerana Allah." juga sabdanya:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang melakukan sesuatu
kemungkaran atau memberi tempat perlindungan kepada orang yang melakukan
kemungkaran, maka atasnya adalah laknat Allah, seluruh malaikat serta sekalian
manusia." (Hadis no. 1801) Sabdanya lagi:
Yang Bermaksud : "Ya Allah, laknatilah kepada
kabilah-kabilah Ri'l, Dzakwan dan 'Ushayah, mereka semua itu bermaksiat kepada
Allah dan RasulNya." Ini adalah nama tiga kabilah bangsa
Arab, juga sabdanya:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat kepada kaum Yahudi,
mereka menggunakan makam-makam nabi-nabi mereka sebagai masjid." demikian pula sabdanya:
Yang Bermaksud : "Allah melaknat kepada orang-orang
lelaki yang menyerupakan dirinya sebagai orang-orang perempuan dan orang-orang
perempuan yang menyerupakan dirinya sebagai 0rang-orang lelaki." (Hadis 1628)
Semua
lafaz-lafaz di atas itu tercantum dalam Hadis shahih bahkan sebahagiannya
adalah di dalam kedua kitab shahihnya Imam -Imam Bukhari dan Muslim, sebahagian
lagi di salah satu dan kedua kitab shahih itu. Hanyasanya saya bermaksud
meringkaskannya dengan cukup menunjukkan pada Hadis-hadis itu belaka,
sedang-kan sebahagian yang terbesar akan saya uraikan dalam masing-masing
babnya dari kitab ini. In Sya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan