Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 4 Julai 2013

Bab 274 Larangan Menampakkan Rasa Gembira Kerana Adanya Bencana Yang Mengenai Seorang Muslim




Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : “Hanyasanya kaum mukminin itu adalah sebagai orang-orang yang bersaudara.”
(al-Hujurat: 10)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang senang kalau perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, maka orang-orang yang sedemikian itu akan memperoleh siksa yang pedih di dunia dan di akhirat."
(an-Nur: 19)

1574. Daripada Watsilah bin al-Asqa' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau gembira kerana adanya sesuatu bencana pada saudaramu sesama Muslim, sebab jikalau engkau demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedang engkau sendiri akan diberi cubaan yakni bala olehNya."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis Hasan.

Dalam bab ini termasuk pula Hadisnya Abu Hurairah yang lalu (lihat Hadis no. 1567) dalam bab Menyelidiki cela orang lain, iaitu: 



Yang Bermaksud : "Setiap orang Muslim atas orang Muslim itu haram," sampai akhirnya Hadis itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan