Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 5 Julai 2013

Bab 277 Haramnya Bercidera (Tidak Menepati Janji)





Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang beriman, tepatilah segala perjanjian." 
(al-Maidah: 1)

Allah Taala berfirman pula:

Yang Bermaksud : "Dan tepatiah perjanjian, kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanyakan."
(al-lsra': 34)

1581. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w, bersabda:

Yang Bermaksud : "Ada empat macam perkara yang apabila kesemuanya ada di dalam diri seseorang, maka orang itu adalah seorang munafik yang murni dan barangsiapa yang di dalam dirinya ada salah satu dari empat macam perkara tadi, maka ia dihinggapi oleh salah satu sifat kemunafikan sehingga ia meninggalkan sifat tersebut iaitu: apabila ia dipercaya berkhianat, apabila berbicara berdusta, apabila berjanji tidak menepati dan apabila bertengkar melakukan kejahatan."
(Muttafaq 'alaih)

1582. Daripada Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas radhiallahu 'anhum, berkata: "Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Setiap orang yang bercidera yakni tidak menepati janji itu akan memperoleh sebuah bendera pada hari kiamat, diucapkan: "Inilah percideraan si Fulan." 
(Muttafaq 'alaih)

1583. Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahwaasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Setiap orang yang bercidera itu akan memperoleh sebuah bendera pada punggungnya esok pada hari kiamat, bendera itu dinaikkan dan tingginya itu menurut kecideraannya. Ingatlah, tiada seorang penciderapun yang lebih besar dosa cideranya itu pada seorang penguasa umum." 
(Riwayat Muslim)

1584. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Allah Taala berfirman: "Ada tiga orang yang Aku adalah lawan mereka pada hari kiamat, iaitu seorang yang memberikan perjanjian padaKu, lalu bercidera perjanjian itu ialah hendak taat padaNya, juga seseorang yang menjual seorang merdeka dan disiar-siarkan sebagai budak atau hamba sahaya, lalu ia makan wang harganya dan seseorang yang menggunakan tenaga buruh, lalu buruh itu telah memenuhi kewajipannya sebagaimana mestinya, sedang orang itu tidak memberikan upahnya." 

(Riwayat Bukhari)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan