Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 5 Julai 2013

Bab 276 Larangan Mengelabui Dan Menipu





Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang beriman, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka perbuat, maka orang-orang yang menyakiti itu benar-benar telah menanggung kedustaan dan dosa yang nyata." 
(al-Ahzab: 58)

1576. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mengangkat senjata yakni memerangi kepada kita, maka ia bukanlah termasuk golongan kita kaum Muslimin dan barangsiapa yang mengelabui  atau menipu pada kita, maka iapun bukan termasuk golongan kita." 
(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain dari Imam Muslim disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui penjual setumpuk bahan makan, lalu beliau s.a.w. memasukkan tangannya ke dalam makanan itu, kemudian jari-jarinya terkena basah. Beliau lalu bersabda: 

Yang Bermaksud : "Apakah ini, hai pemilik makanan." Pemiliknya itu menjawab: "Itu tadi terkena air hujan, ya Rasulullah." Beliau bersabda lagi: "Mengapa yang terkena air itu tidak engkau letakkan di bahagian atas makanan ini, sehingga orang-orang dapat mengetahuinya. Barangsiapa yang mengelabui atau menipu kita, maka ia bukanlah termasuk golongan kita yakni kaum Muslimin."

1577. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua saling icuh-mengicuh."
(Muttafaq 'alaih) 

Erti icuh-mengicuh lihatlah Hadis no. 1567.

1578. Daripada Ibu 'Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang pengicuhan."
(Muttafaq 'alaih)

1579. Daripada Ibnu'Umar radhiallahu'anhuma pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Ada seorang lelaki yang memberitahukan kepada Rasulullah s.a.w. bahawasanya ia ditipu oleh seseorang dalam berjual-beli, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau engkau membeli sesuatu dari seseorang, maka katakanlah padanya: "Harus tidak ada penipuan." Maksudnya jikalau terjadi ada penipuan, maka boleh dikembalikan selama waktu tiga hari." Aikhilabah dengan kha' mu'jamah yang dikasrahkan dan ba' yang bertitik satu, ertinya ialah penipuan.

1580. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang merosakkan isteri seseorang atau diusahakan supaya isteri orang itu bercerai dari suaminya atau hamba sahaya seseorang, maka ia bukanlah termasuk golongan kita kaum Muslimin." 
(Riwayat Abu Daud)


Khabbaba dengan kha' mu'jamah lalu ba' muwahhadah yang didobbelkan, ertinya merosakkan atau menipunya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan