Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 6 Julai 2013

Bab 280 Haramnya Tidak Bertegur Sapa Antara Kaum Muslimin Lebih Dari Tiga Hari Kecuali Kerana Adanya Kebidaahan Dalam Diri Orang Tersebut Atau Kerana Orang Itu Menampakkan Kefasikan Dan Lain-lain Sebagainya

Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Hanyasanya orang-orang mukmin itu adalah saudara, maka berbuat baiklah yakni damaikanlah antara kedua saudaramu." 
(al-Hujurat: 10)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua tolong-menolong dalam hal yang dosa dan pelanggaran hukum." 
(al-Maidah: 2)

1588. Daripada Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua saling putus-memutuskan perhubungan persahabatan atau kekeluargaan, jangan pula saling belakang-membelakangi dan janganlah benci-membenci serta jangan pula dengki-mendengki dan jadilah engkau semua, hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidak halallah bagi seseorang Muslim kalau meninggalkan yakni tidak bertegur sapa saudaranya lebih dari tiga hari." 
(Muttafaq 'alaih)

1589. Daripada Abu Ayub r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tiada halallah bagi seseorang Muslim kalau meninggalkan yakni tidak bertegur sapa saudaranya lebih dari tiga malam yakni keduanya saling bertemu lalu yang seorang berpaling ke sini dan yang seorang lagi berpaling ke sana. Yang terbaik di antara kedua orang itu ialah orang yang memulai mengucapkan salam." 
(Muttafaq 'alaih)

1590. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Ditunjukkanlah amalan-amalan itu kepada Allah oleh para malaikat pada hari Isnin dan Khamis, lalu Allah memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan seseorang yang antara dirinya dengan saudaranya itu ada rasa kebencian dalam hati masing-masing lalu Allah berfirman: "Tinggalkanlah kedua orang ini yakni jangan dihapuskan dulu catatan dosanya sehingga keduanya itu suka berdamai."
(Riwayat Muslim)

1591. Daripada Jabir r.a.,katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya syaitan itu sudah berputus asa untuk dapat disembah oleh orang-orang yang bersolat di daerah ]azirah Arabiah, tetapi masih tetap dapat membuat kerosakan di antara mereka itu yakni para penduduk di situ." 
(Riwayat Muslim)

Attahrisy iaitu membuat kerosakan dan mengubah-ubah hati mereka serta mengusahakan supaya mereka itu saling putus-memutuskan perhubungan persaudaraan dan persahabatan.

1592. Daripada Abu Hurairah r,a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak halallah bagi seseorang Muslim kalau meninggalkan yakni tidak bertegur sapa saudaranya lebih dari tiga hari. Maka barangsiapa yang  tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, lalu ia meninggal dunia, maka masuklah ia ke dalam neraka." 
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad menurut syaratnya Imam-imam Bukhari dan Muslim.

1593. Daripada Abu Khirasy iaitu Hadrad bin Hadrad al-Aslami, ada yang mengatakan: Assulami Asshahabi r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang tidak bertegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seolah-olah mengalirkan darahnya yakni mengenai kebesaran dosanya seperti membunuhnya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad shahih.

1594. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Tidak halallah bagi seseorang mukmin itu tidak bertegur sapa seseorang mukmin lainnya lebih dari tiga hari. Jikalau telah berjalan lebih dari tiga hari, maka hendaklah menemuinya dan mengucapkan salam padanya. Jikalau yang diberi salam itu membalas ucapan salamnya, maka keduanya telah berserikat yakni sama-sama memperoleh pahala, tetapi jikalau yang diberi salam itu tidak membalas padanya, maka ia telah kembali dengan membawa dosa, sedang yang sudah memberi salam itu telah keluar dari sebutan meninggalkan yakni tidak dianggap bahawa ia tidak bertegur sapa."
Diriwayatkan oleh Imam Daud dengan isnad hasan.

Imam Abu Daud berkata: "Meninggalkan yakni tidak bertegur sapa ini kalau kerana Allah Taala, misalnya yang tidak disapa itu seorang fasik atau suka kebidaahan dan Iain-Iain yang dibenarkan menurut agama maka dalam hal yang sedemikian itu tidak ada dosanya sama sekali."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan