1548. Daripada Abu Zaid, iaitu Tsabit
bin adh-Dhahhak al-Anshari r.a dan ia adalah termasuk golongan ahli
bai'atur-ridhwan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Barangsiapa bersumpah
dengan agama selain Islam dengan dusta lagi sengaja misalnya ia berkata:
"Demi Allah, kalau saya melakukan begini, maka saya masuk agama Yahudi
atau Kristian, maka orang itu adalah sebagaimana apa yang diucapkan yakni kalau
yang disumpahkan itu terjadi, orang tersebut hukumnya menjadi kafir kalau
ketetapan hatinya akan memeluk agama itu. Dan barangsiapa yang membunuh dirinya
dengan sesuatu benda yakni bunuh diri, maka ia akan disiksa pada hari kiamat
dengan benda yang digunakan untuk bunuh diri itu. Seseorang itu tidak perlu
memenuhi nazar kepada sesuatu yang ia tidak memilikinya, sedangkan melaknat
kepada seseorang mukmin itu adalah sama dengan membunuhnya."
(Muttafaq 'alaih)
1549. Daripada Abu Hurairah r.a.,:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Tidak seyogyanyalah bagi seseorang yang ahli
berkata benar itu kalau menjadi seorang yang suka melaknat."
(Riwayat Muslim)
1550. Daripada Abuddarda' r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Orang-orang yang suka
melaknat itu tidak akan dapat menjadi orang-orang yang memberikan syafa'at
serta sebagai saksi pada hari kiamat."
(Riwayat Muslim)
1551. Daripada Samurah bin Jundub r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua
saling laknat-melaknati dengan menggunakan kata-kata Allah melaknat, jangan
pula dengan kata-kata Allah memurkai ataupun dengan kata-kata masuk neraka."
Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Daud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
1552. Daripada Ibnu Mas'ud r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Bukannya seorang mukmin
yang suka mencemarkan nama orang, atau yang suka melaknat dan bukan pula yang
berbuat kekejian serta yang kotor mulutnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
1553. Daripada Abuddarda' r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya seseorang
hamba itu apabila melaknat kepada sesuatu, maka naiklah kelaknatannya itu ke
langit, lalu ditutuplah pintu-pintu langit itu agar tidak masuk ke dalamnya,
kemudian turun kembali ke bumi lalu ditutuplah pintu-pintu yang menuju ke arah
bumi itu agar tidak dapat masuk ke dalamnya, selanjutnya ia bolak-balik ke
kanan dan ke kiri. Seterusnya apabila tidak lagi ia memperoleh jalan masuk,
maka kembalilah ia kepada orang yang dilaknat, jikalau yang dilaknat memang
benar-benar sebagaimana isi yang dilaknatkan, maka kelaknatan itupun tetap
berada dalam diri orang ini, tetapi jikalau tidak, maka kembalilah ia kepada
orang yang mengucapkannya sehingga ia akan memperoleh bencana dengan sebab
ucapan laknatnya tersebut."
(Riwayat Abu Daud)
1554. Daripada 'Imran bin al-Hushain
radhiallahu 'anhuma, katanya:
Yang Bermaksud : "Pada suatu ketika
Rasulullah s.a.w. dalam salah satu perjalanannya dan di situ ada seorang wanita
dari golongan sahabat Anshar menaiki unta. Wanita itu agaknya kesal pada
untanya itu, lalu melaknatinya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mendengar ucapannya
itu, lalu bersabda:
"Ambillah apa-apa yang ada di atas
unta itu dan biarkanlah ia berjalan tanpa beban apa-apa, sebab ia sudah
mendapat laknat."
'Imran berkata: "Seolah-olah saya
masih dapat melihat sekarang ini, unta itu berjalan di kalangan para manusia
dan tidak seorangpun yang ambil perhatian padanya."
(Riwayat Muslim)
1555. Daripada Abu Barzah, iaitu Nadhlah
bin 'Ubaid al-Aslami r.a., katanya:
Yang Bermaksud : "Pada suatu ketika ada
seorang gadis berada di atas untanya dan di situ ada sementara harta benda kaum
orang banyak, tiba-tiba ia melihat Nabi s.a.w. yang hendak berjalan di situ
pula sedangkan jalan di gunung sudah sempit kerana banyak orang, lalu gadis itu
berkata: "Hayo.
Ya Allah laknatilah unta ini." Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Janganlah
mengawani kita seekor unta yang sudah terkena laknat ini."
(Riwayat Muslim)
Ucapannya "Hal" dengan
fathahnya ha' muhmalah dan sukunnya lam, iaitu
sebagai kata bentakan terhadap unta.
Ketahuilah bahawa Hadis ini
kadang-kadang dipersukar erti dan maknanya, padahal tiada kesukaran sama sekali
dalam mengertikan itu. Adapun maksudnya ialah untuk melarang kalau unta yang
sudah dilaknati itu mengawani mereka yakni orang-orang yang dalam perjalanan.
Jadi sama sekali tidak ada larangan untuk menyembelihnya, menaikinya asalkan
tidak berkawankan dengan Nabi s.a.w. Maka semua yang di atas itu juga Iain-Iain
penggunaan terhadap unta itu adalah tetap boleh dan tiada halangan sama sekali,
kecuali hanya dilarang untuk mengawani Nabi s.a.w. dalam seperjalanan, kerana
penggunaan kesemuanya itu memang jaiz. Kalaupun ada sebahagian yang dilarang
yakni mengawani Nabi s.a.w. dalam seperjalanan, maka untuk maksud yang
Iain-Iain tetap dibolehkan. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan