Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Dan jauhilah perkataan palsu."
(al-Haj:30)
Allah Taala juga berfirman:
Yang Bermaksud : "Janganlah engkau turut sesuatu
yang engkau tidak mempunyai pengertian dalam hal itu."
(al-lsra': 36)
Allah Taala berfirman lagi:
Yang Bermaksud : "Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada
malaikat Raqib pencatat kebaikan dan malaikat 'Atid pencatat keburukan."
(Qaf: 18)
Allah Taala berfirman pula:
Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Tuhanmu itu tetap
mengadakan pengintipan."
(Al-Fajr: 14)
Allah Taala berfirman pula:
Yang Bermaksud : "Dan mereka itu adalah orang-orang yang
tidak suka menjadi saksi palsu."
(al-Furqan:72)
1547, Daripada Abu Bakrah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidakkah engkau
semua suka kalau saya memberitahukan kepadamu semua tentang sebesar-besarnya
dosa besar." Kita yakni para sahabat berkata: "Baiklah, ya
Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyekutukan kepada
Allah, berani melawan kedua orang tua," semula beliau s.a.w. bersandar
lalu duduk, kemudian bersabda: "Ingatlah, juga perkataan palsu dan menjadi
saksi palsu." Tidak henti-hentinya beliau s.a.w. itu mengulang-ulangi
sabdanya yang terakhir ini, sehingga kita mengucapkan: "Alangkah baiknya kalau
beliau diam."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan