Allah Taala berfirman:
Yang Bermaksud : "Hai sekalian orang-orang yang
beriman, janganiah sesuatu kaum itu menghinakan kaum yang lain, kerana
barangkali kaum yang dihinakan itu lebih baik daripada yang menghinanya. Jangan
pula golongan wanita yang satu itu menghinakan golongan wanita yang lain, kerana
barangkali golongan yang dihinakan itu lebih baik daripada golongan yang
menghinanya. Janganlah pula engkau semua mencela pada sesamamu dan janganlah
memanggilkan dengan gelaran yang mengandung
ejekkan. Jahat sekali nama yang buruk itu sesudah adanya keimanan. Barangsiapa
yang tidak suka bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang
menganiaya."
(al-Hujurat: 11)
Allah Taala berfirman pula:
Yang Bermaksud : "Celaka atau neraka wail bagi
setiap orang yang suka mengumpat serta menista."
(al-Humazah: 1)
1571. Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Yang Bermaksud : "Cukuplah seseorang itu memperoleh
keburukan apabila ia menghinakan saudaranya sesama Muslim."
Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis ini
sudah lampau uraiannya secara panjang baru-baru ini (lihat Hadis no. 1567).
1572. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. dari
Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang Bermaksud : "Tidak dapat masuk syurga seseorang
yang dalam hatinya ada seberat timbangan seekor semut kecil dari kesombongan." Kemudian ada seorang
lelaki berkata: "Sesungguhnya
ada seorang lelaki yang gemar sekali kalau pakaiannya bagus dan terumpahnya
bagus." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah itu Maha
Indah, juga mencintai keindahan. Sombong itu ialah menolak petunjuk yang hak
yakni kebenaran serta menghinakan para manusia.”
(Riwayat Muslim)
Makna Batharul
haqqi ialah menolak
kebenaran, sedang "Ghamthubum" ialah menghinakan mereka, yakni
para manusia.
Uraian Hadis ini sudah lalu yang lebih
jelas, yakni dalam bab Kesombongan.
1573. Daripada Jundub bin Abdullah r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang Bermaksud : "Ada seorang lelaki berkata:
"Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan
itu." Allah azzawajalla lalu berfirman: "Siapakah yang berani
menyumpah-nyumpah atas namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu
sesungguhnya aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala
amalanmu yakni yang bersumpah tadi."
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan