Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 1 Julai 2013

Bab 266 Haramnya Memaki Orang Islam Tanpa Haq (Kebenaran)





Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang-orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata." 
(al-Ahzab: 58)

1556. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Mencaci-maki seorang Muslim adalah suatu kefasikan, sedang memeranginya membunuhnya adalah kekufuran." 
(Muttafaq 'alaih)

1557. Daripada Abu Zar r.a., bahawasanya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut." 
(Riwayat Bukhari)

1558. Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Kedua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai di antara kedua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi." 
(Riwayat Muslim)

1559. Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: 

Yang Bermaksud : "Nabi s.a.w. didatangi oleh para sahabatnya dengan membawa seorang yang minum arak. Beliau s.a.w. bersabda: "Pukullah ia." Abu Hurairah berkata; "Maka di antara kita ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan terumpahnya, ada yang memukul dengan bajunya." Setelah orang itu kembali, sebahagian kaum orang-orang tadi ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Lalu beliau s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua berkata demikian, janganlah memberi pertolongan kepada syaitan untuk menggoda orang ini sehingga berbuat yang tidak dibenarkan oleh agama." 
(Riwayat Bukhari)

1560. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang mendakwa berzina kepada hambasahayanya, maka kepada yang mendakwa itu akan dilaksanakanlah had atas dirinya esok pada hari kiamat, kecuali kalau hambasahaya itu memang berbuat sebagaimana yang dikatakan oleh orang itu."

(Muttafaq 'alaih)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan