Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 6 Julai 2013

Bab 279 Larangan Berbangga Diri Dan Melanggar Aturan






Allah Taala berfirman:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau melagak-lagak dirimu sendiri sebagai orang suci. Allah lebih mengetahui kepada siapa yang bertakwa." 
(an-Najm: 32)

Allah Taala juga berfirman:

Yang Bermaksud : "Hanyasanya ada jalannya untuk menyalahkan orang-orang yang melakukan penganiyaan terhadap para manusia dan melanggar aturan di bumi tiada menurut kebenaran. Mereka itulah yang akan memperoleh siksa yang pedih." 
(as-Syura: 42)

1586. Daripada 'lyadh bin Himar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah Taala telah memberikan wahyu kepadaku supaya engkau semua itu bersikap merendahkan diri, sehingga tidak seorangpun yang melanggar aturan terhadap diri orang lain, dan tidak pula seseorang itu membanggakan dirinya kepada orang lain."
(Riwayat Muslim)

Ahli lughah berkata: Albaghyu ialah melanggar aturan serta berlagak sombong.

1587. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : Jikalau ada seseorang berkata: "Para manusia sudah rosak binasa," maka orang itu sendirilah yang paling rosak di antara mereka." 
(Riwayat Muslim)

Riwayat yang masyhur berbunyi: Ahlakuhum dengan rafa'nya kaf sebagaimana di atas itu dan ada yang meriwayatkan dengan nasabnya kaf  lalu berbunyi Ahlakahum ertinya ia sendirilah yang merosakkan mereka.
Larangan semacam di atas itu adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan kehairanan pada diri sendiri sebab dirinya sendiri yang tidak rosak, juga dengan maksud menganggap kecil semua manusia dan merasa dirinya lebih tinggi di atas mereka. Yang sedemikian ini yang diharamkan. Tetapi ada orang yang mengatakan sebagaimana di atas, iaitu: "Para manusia sudah rosak." dan sebabnya ia mengatakan demikian kerana ia melihat adanya kekurangan di kalangan para manusia itu, perihal urusan agama mereka, serta ia mengatakan itu kerana merasa sedih atas nasib yang mereka alami, juga merasa kasihan pada agama, maka perkataannya itu tidak ada salahnya.


Demikianlah yang ditafsirkan oleh para ulama dan begitulah cara mereka itu memisah-misahkan persoalan ini. Di antara yang mengucapkan seperti ini dari golongan para imam-imam yang alim-alim iaitu Malik bin Anas, al-Khaththabi, al-Humaidi dan Iain-Iain. Hal ini sudah saya terangkan dengan jelas dalam kitab al-Adzkar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan