Bagaimanakah
cara hidup yang diamalkan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang
perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu
dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin
kongsikan bersama cara hidup sihat NABI
MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit,
tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada
dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan
perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi
kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda
amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan
solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang
mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik
terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat,
Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada Hari Jumaat
adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi
dan pemakai harum-haruman.”
(Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum
yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak
(tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga
ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan
kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan
peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan.
Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang
hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan
hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi
lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk
menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri
maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz
kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat
bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan
kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan
sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati
dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang
sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang
lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka
marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang
pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan
mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul
semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan
dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan