1. Bau mulut atau tubuh anak-anak
adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung
ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3. Barangsiapa
menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa
menangis kerana takut kepada ALLAH SWT. Orang yang menangis kepada ALLAH SWT maka api
neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4. Ciumlah
anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga.
Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk
membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk
anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari ALLAH SWT dan tidak akan disiksa
di akhirat kelak.
6. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya,
maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7. Perintahkanlah anak-anakmu
mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila
meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar
mereka adab dan ilmu agama.
9. Barangsiapa meninggalkan
anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa
yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekalkan
anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala
seperti pahala anak-anak.
11. Setelah anak perempuan berusia 16
tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya
sambil berkata “Anakku, kau telahku didik, aku ajar dan aku nikahkan. Semoga ALLAH SWT melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat."
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak
akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan