Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah...
Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu
pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak
tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin
menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin
pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan
berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak
buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi? Ayah
penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi
masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan
perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan
mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak
sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Di dapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10
ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah
ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada
duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak
berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia
menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi
hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup
duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang
wajah ayahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan