PERASAN TAK?
PERASAN TAK?... Duit
RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma surau atau masjid,
tetapi begitu kecil bila dibawa ke JPO, Jusco Tebrau, City Square, Plaza
Angsana dan seangkatan dengannya.
PERASAN TAK?... 30 minit
terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk kita menonton
drama di televisyen.
PERASAN TAK?... Betapa
lamanya 2 jam kita berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika
menonton wayang di panggung.
PERASAN TAK?... Susah
sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya
kita mencari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
PERASAN TAK?... Betapa
seronoknya kita mendengar sorakan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tetapi betapa bosannya bila imam membaca surah yang
panjang semasa solat tarawih di bulan Ramadan.
PERASAN TAK?... Susah
sangat kita hendak membaca al Quran 1 juzuk sahaja, tetapi majalah hiburan dan
novel best seller 100 halamanpun habis ditelaah.
PERASAN TAK?... Orang
berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tetapi berebut saf paling
belakang bila solat Jumaat atau solat tarawih supaya boleh cepat keluar.
Ada 3 Hal dalam hidup
yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yang dapat
menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam
Ada 3 Hal yang tidak
boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yang paling
berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dalam hidup
yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yang membentuk
watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yang membuat
kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yang tidak
pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam
hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
Istiqamah, perbaiki iman
dan tingkatkan amal ibadat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan