Muncul
sebagai pekerja cemerlang menjadi sifat mereka
yang ingin berjaya dalam hidup. Pekerja cemerlang bukan mengharapkan anugerah atau diraikan ketua pejabat dalam jamuan
tertentu.
Namun, sebagai insan yang
taat kepada agama di samping mempunyai jati diri yang baik, pekerja cemerlang memiliki ciri yang membolehkannya
dikagumi sekaligus dijadikan contoh yang baik.
Ciri
Pekerja Cemerlang
Antara ciri pekerja
cemerlang:
· Kerja menjadi hobi baginya, lazimnya dia datang awal dan balik lambat.
· Sangat mementingkan disiplin.
· Kualiti kerja lebih daripada biasa.
· Menghormati dan bersangka baik pada
setiap rakan sekerja tanpa mengira status.
· Waktu bekerja lapan jam
sering dilanjutkan hingga 10 jam dan kadang kala
menjangkau 12 jam
· Memberi idea unik untuk memajukan
tempat kerja.
· Sentiasa berpakaian kemas, raut wajah
tenang.
Jika mahu mencapai tahap
kecemerlangan diri, ubah sikap biarpun hanya mampu menerapkan salah satu
daripada ciri itu.
Mula-mula memang agak susah
tetapi jika sering dilatih, ia membuatkan diri semakin cekap dan terbiasa.
Tidakpun, cuba berlakon sebagai pekerja cemerlang.
Paling penting, perubahan
itu memerlukan kesabaran tinggi serta tahan hati mendengar
kata-kata kurang enak masyarakat sekeliling di tempat kerja.
Lazimnya manusia kurang senang melihat orang lain sibuk
memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana organisasi.
Berikan tumpuan 100 peratus
pada diri sendiri. Biarpun menerima sindiran agak pedas, jangan cepat melatah.
Yang penting jangan
tinggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, In Syaa
ALLAH jika niat dan hati kita ikhlas untuk memndapatkan kejayaan suatu hari nanti ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA akan jadikan kenyataan.
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan