Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 21 November 2013

M 61 : A STORY FROM THE KITAB

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail as siap membina Kaabah merekapun duduk berehat. Kawasan begitu sunyi dan sepi hanya 2 beranak sahaja berada di kawasan itu.
Sebelum mendirikan bangunan kaabah atas perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang lenyap akibat banjir besar Nabi Ibrahim as kurang pasti di mana tempat yang tepat yang harus didirikan kaabah. Lalu malaikat Jibrail as datang memberi tunjuk tempat yang tepat dengan hujung sayapnya (tips of his wing). Dan selepas ditunjuk dengan tepat Ibrahim as disuruh tunggu sebentar untuk hujan turun membersihkan kawasan itu.
Maka berehatlah Ibrahim as dan anaknya Ismail as. Kemudian Ibrahim as bertanya kepada Jibrail as siapakah yang bakal datang dan menghuni kawasan kaabah ini. Lalu Jibrail as berkata tempat ini akan didatangi jutaan manusia dan perbuatannya tidak sia-sia membina bangunan ini.
Kemudian Ibrahim as terdengar bunyi seakan bunyi jutaan lebah sedang berdesing. Namun apabila dia mendengar betul betul barulah dia dengar bunyinya adalah “Labaikallah huma labaik.” berulang kali.
Ibrahim as pun bertanya kepada malaikat bunyi apakah itu. Lalu Jibrail as menjawab itulah bunyi umat MUHAMMAD SAW yang bakal datang ke sini tanpa henti-henti. Lalu Ibrahim berkata untungnya umat MUHAMMAD SAW itu, bolehkah aku kirimkan salamku kepadanya? Lalu Jibrail as berkata, “Ya silakan akanku sampaikan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA salammu kepada MUHAMMAD SAW.” Dan anak Ibrahim as juga ingin sampaikan salam kepada semua pemuda umat MUHAMMAD dan begitu juga isteri Ibrahim as juga kepada semua ahli keluarga wanita umat MUHAMMAD SAW.
Sebaik sahaja salam diberi datang pula angin rebut yang kuat, angin ini begitu kuat dan kencang sehingga bertebaranlah sisa batu dari pembinaan kaabah ini, lalu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berkata kepada Jibrail as, di mana batu besarnya jatuh di bumi akan terdirilah masjid yang besar di situ jika jatuh yang kecil akan terdirilah masjid yang kecil (surau).

Beribu-ribu tahunpun berlalu.
Kemudian lahirlah insan bernama MUHAMMAD al Mustafa. Dan di ketika dia menaiki langit menerima perintah solat maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun berpesan, “Wahai MUHAMMAD, Ibrahim dan keluarganya mengirim salam kepadamu dan keluargamu (umat MUHAMMAD) dan seharusnya kamu membalas kembali salammu dan keluargamu kepadanya.”


Sudahkah anda melakukan solat? Jika sudah, Alhamdullilah, pastinya anda sudah mengirim salam kepada Ibrahim as dan keluarganya pada tahiyat akhir tadi kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyimpan salam itu beribu tahun lamanya untuk kamu kirimkan kembali kepada Nabi Ibrahim as dan keluarganya (ahli Ibrahim).





Tiada ulasan:

Catat Ulasan