Seorang gadis kecil pulang dari
sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu
pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.
Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya
Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh
yang ku pakai.”
Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang
dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”
Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi
Pengetua tidak menyukainya.”
Ibu: “Baiklah, wahai puteriku,
Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah menghendakinya. Maka siapakah
yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu
dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu
akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat
dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”
Anak: “Sesungguhnya saya akan taat
kepada Allah.”
Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu
tepat sekali.”
Pada hari berikutnya, gadis kecil itu
pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat.
Tatkala Pengetua melihatnya, dia memarahi gadis kecil itu dengan keras.
Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh
pandangan rakan–rakan sekelas yang tertumu kepadanya.
Tidak ada yang dapat dilakukan gadis
itu selain menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang
besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa
yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”
Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah
Dia itu?”
Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti
memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepadaNya.
Maaf, saya lebih takutkan Allah.
Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi
biarlah terjadi.”
Gadis kecil itu bertekad untuk
berpegang kuat dan taat kepada perintah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan
tetapi adakah Pengetua itu hanya berdiam sahaja?
Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu
si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?
Maka datanglah si ibu itu…
Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil
itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar
yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”
Seorang guru yang ilmunya tidak dapat
menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin
seusia dengan cucunya
Wahai ibu-ibu muslimah,
di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya
sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka
dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya.
Ajarkanlah solat kepada mereka
Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah
Ajarkan mereka untuk tetap teguh di
atas kebenaran..
Ajarkanlah solat kepada mereka
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan