Daripada Abu Hurairah RA
katanya:
Rasulullah
SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadan tanpa menyuruh mereka dengan
kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang
berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan
ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh
Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i
Hadis 2
Daripada ‘Abdur Rahman
bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa
yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia
akan keluar daripada dosa-dosanya seperti
mana hari ibunya melahirkannya.”
Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i,
Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi
Hadis 3
Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Demi
Zat yang jiwaKu berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih
baik di sisi Allah daripada haruman kasturi.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab
al-Shaum – no: 1894
Hadis 4
Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Sesungguhnya
di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayan. Orang-orang yang berpuasa
akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorangpun yang akan
masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang
berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorangpun yang masuk melalui
pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan
ditutup dan tidak ada seorangpun yang akan masuk melaluinya.”
Diriwayatkan oleh
al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896
Hadis 5
Abu Umamah r.a berkata:
“AKu
bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daku satu amalan
yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu carapun
yang mampu menandinginya.”
Diriwayatkan oleh Ibn
Hibban – no: 3494
via Al-Hijrah Muamalat
*Jika salah tolong
betulkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan