MUTIARA KATA
1. Solat bukanlah
"tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia
adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
2. Maka, kenapa
cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu
kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke
hadapan dan majulah.
3. Persahabatan
ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi
bertahun-tahun untuk ditulis.
4. Semua perkara
dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik,
nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih,
ia juga takkan kekal lama.
5. Kawan-kawan lama
adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir
berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda
sentiasa memerlukan tapak emas.
6. Acapkali, ketika
kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku,
bukannya penamat!
7. Apabila Allah swt
menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila
Allah swt tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan
kemampuanmu.
8. Seorang yang buta
bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih
teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya,
kehilangan visi anda!"
9. Ketika anda
mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka;
kadangkala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah
mendoakan anda.
10. Rasa bimbang
tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.
Jika anda
benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh
menerangi hari seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan