مَنْ يَعْمَلْ
سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
“Barangsiapa
yang melakukan kejahatan (maksiat dan dosa), nescaya akan diberi pembalasan
dengan kejahatan itu dan dia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong
baginya selain dari Allah.”
(QS An Nisa’ 123)
Para sahabat menyatakan bahawa inilah
ayat al Quran yang paling berat bagi mereka, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu
Abi Hatim bahawa Aisyah mengatakan kepada Rasulullah Shollallohu ‘alaihi
wasallam bahawa inilah ayat al Quran yang terasa paling berat bagi dirinya. (Tafsir Ibnu Katsir Juz 1 hal 558)
Balasan Allah yang secepat kilat itu
disebabkan Allah tidak rela hambaNya yang beriman hanyut dalam kemaksiatan.
Rasulullah Shollallohu ‘alaihi wasallam
bersabda :
إِنَّ اللَّهَ
يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِىَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ
“Sesungguhnya
Allah Maha Pencemburu, dan cemburunya Allah adalah di saat seorang mukmin
melanggar yang diharamkanNya.”
(HR Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan