Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 21 November 2013

M 70 : MENCARI REZEKI YANG HALAL

Riwayat: Riwayat Ibn Majah dan al Tabrani :

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki ALLAH SWT kepadanya. Maka takutlah kepada ALLHA SWT dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki ALLAH SWT tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Huraian Hadith:

Pengajaran Hadis:

i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk ALLAH SWT itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.

ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.

iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH SWT kerana rahmat ALLAH SWT adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hambaNya.

iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada ALLAH SWT namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan