Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 22 November 2013

M 73 : RUGI

*Rugi dan sangat rugi andai : berpuasa tapi TIDAK SOLAT.

*Rugi dan sangat rugi andai berpuasa di siang hari tapi membazir makanan di malam hari.

*Rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga dan pada masa yang sama mengumpul dosa.

*Rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi sepanjang hari menayang aurat tanpa segan silu.

*Rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi asyik memfitnah, mengumpat, mengata. 

*Rugi dan sangat rugi menahan lapar dahaga tetapi leka menyantap mata dan telinga dengan maksiat melata.

*Rugi dan sangat rugi jika tidak beribadah sedangkan Ramadan itu bulan pengampunan Allah.

*Rugi dan sangat rugi sedangkan Ramadan itu bulan pembebasan dari api neraka. 

*Rugi dan sangat rugi tika mana puasa itu hanya sekadar menahan lapar dahaga.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga."
(H.R Ibnu Majah)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan