Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 21 November 2013

M 62 : KELEBIHAN MEMBACA PERMULAAN DOA DENGAN

"Ya Rabbana Lakal Hamdu Kama Yambaghi LijalaaliWajhika Wa ' Azimi Sultonik."
-"Wahai Tuhan kami, bagi engkaulah segala kepujian, sebagaimana sepatutnya bagi kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu."
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dan Ibnu Majah dengan sanad yang kuat bahawa Rasulullah SAW menceritakan kepada para sahabat satu ketika..
Seorang hamba ALLAH berkata dengan doa ini, lalu dua malaikat tidak tahu bagaimana menulis pahala doa ini...
Kemudian mereka naik ke langit dan bertanyakan kepada ALLAH SWT:
"Ya Tuhan Kami, sesungguhnya hambamu telah berkata doa yang kami tidak tahu untuk menulis pahalanya."
ALLAH Taala bertanya (sedangkan Allah Subhanahu Wata'ala lebih mengetahui):
"Apakah yg dikatakan hambaku?"
Menjawab dua malaikat itu dengan doa yang dibaca, Maka ALLAH berfirman:
"Tulislah sebagaimana apa yang disebut hambaku sehingga berjumpa dengan aku, lalu aku berikan ganjaran kepadanya!"
-Kalaulah sekiranya bilangan pahalanya katakanlah seratus ribu pahala seperti solat di Masjidil Haram, sudah tentu Malaikat boleh menulisnya.
Ini menunjukkan bilangan pahalanya lebih berkali-kali gandanya daripada itu yang tidak terkira..sama seperti pahala PUASA yang ALLAH sahaja yang mengetahuinya sedangkan para Malaikat tidak mengetahuinya..Walahualam..
# AL FATEH






Tiada ulasan:

Catat Ulasan