“Barangsiapa
tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk) maka Malaikat akan tetap
mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah
ampunilah hamba Mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu
suci,“
(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat
besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian dari
usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT
itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwuduk,
lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata,
hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik
sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan
bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wuduk sangatlah besar bagi
tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari,
berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh
kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh
kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwuduk
dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa
menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan,
sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga
kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk
berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam
keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta
kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat
berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum
berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu
perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara
mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika
seseorang itu telah melakukan wuduk, maka fikiran kita akan terasa tenang.
Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wuduk
dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran
dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa
hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat
akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa
berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada
Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu,
sentiasalah berwuduk.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan