Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 23 November 2013

M 79 : PEDOMAN BAGI YANG KELETIHAN SETELAH SEHARIAN BEKERJA.

NABI MUHAMMAD SAW telah menetapkan pengurusan dalam rumahtangga adalah kewajipan puterinya Siti Fatimah r.a. dan tugas luar rumah iaitu mencari sara hidup adalah kewajipan Sayidina Ali r.a. Kedua-duanya memikul tanggungjawab itu dengan baik.
Sehingga pada suatu hari Siti Fatimah r.a. datang menemui NABI MUHAMMAD SAW  untuk meminta khadam kerana tangannya menjadi bengkak dan pecah-pecah kerana kuat bekerja (menguruskan rumahtangga). NABI MUHAMMAD SAW  tidak membenarkan permohonan puterinya, malahan kepadanya diberikan satu perkara lain yang lebih baik dan lebih berkat.
NABI MUHAMMAD SAW bersabda yang bermaksud:
"Mahukah aku tunjukkan kepada engkau berdua sesuatu yang lebih baik daripada yang engkau berdua minta? Iaitu apabila engkau berdua naik ke tempat tidur maka bertasbihlah 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali. Ini adalah lebih baik bagi engkau berdua daripada seorang khadam."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari, Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan