Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi
Muhammad SAW memiliki
seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, di kala nabi hendak
mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Kerana tidak mahu
mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong
belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza
terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih
sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi
menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba di atas
pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi
sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya
terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu
berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi
keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti
haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari,
dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan
kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa
hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar
Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan di kala
kucingnya meninggalkannya.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis,
Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan),
kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya.
*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.
*Saya pun suka kucing, ada semua suka
kucing tak? sunnah nabi ni..hi3
sumber : zharifalimin.blogspot
Rujukan
: Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan