Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 26 April 2014

Q 108 : MENGGUNJING (MENGATA) MENYEBARKAN KEBENCIAN

Menggunjing hukumnya haram dan termasuk berdosa besar, baik aib yang dikatakan itu benar-benar ada pada diri seseorang mahupun tidak ada. Hal ini berdasarkan ketetapan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa ketika beliau ditanya tentang mengata beliau bersabda,

“Engkau membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak suka (bila hal itu dibicarakan).”

Ada yang bertanya, “Bagaimana bila yang aku katakan itu memang benar ada pada saudaraku?” Beliau menjawab,

“Jika memang benar bahawa yang kau katakan itu ada padanya, bererti engkau telah menggunjingnya, dan jika itu tidak ada padanya, bererti engkau telah berdusta tentangnya (fitnah).”

Diriwayatkan pula dari beliau, bahawa pada malam Israk beliau melihat suatu kaum dengan kuku-kuku yang terbuat dari kuningan, mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka dengan kuku-kuku tersebut, lalu beliau menanyakan tentang mereka, kemudian dijawab bahawa mereka itu adalah orang-orang yang memakan daging manusia dan merosak kehormatan sesama manusia. Allah telah berfirman,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمُُ وَلاَتَجَسَّسُوا وَلاَيَغْتَب بَّعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(QS. Al-Hujurat: 12)

Maka setiap muslim dan muslimah hendaknya waspada terhadap gunjingan dan saling menasihati untuk meninggalkannya. Hal ini sebagai bentuk ketaatan terhadap Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya. Lain dari itu hendaknya pula berambisi(berkeinginan) untuk menutupi aib saudaranya sesama muslim dan tidak menyingkapkan aib mereka, kerana gunjingan(mengata) itu termasuk faktor kebencian, permusuhan, dan perpecahan masyarakat. Semoga Allah menunjukkan kaum muslimin kepada kebaikan.

Syaikh Ibn Baz, Majalah ad-Da’wah, nomor.1170

http://www.konsultasisyariah.com/ghibah-menyebarkan-kebencian/





Tiada ulasan:

Catat Ulasan