KOTA
BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi
lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk
disebarkan di laman sosial.
Malah,
remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut
supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun
Facebooknya itu.
Ketua
Polis Daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22
Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada
seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.
Mereka
berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss
kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui
panggilan video, Skype.
“Di
dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri
sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.
“Hanya
pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss
sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.
Tanpa
diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu
rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.
“Pengadu
kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan
tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada
RM4,000.
“Nickaah
Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank.
Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada
RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.
Azham
berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia
disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun
Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan