1)
Siti Khadijah
Beliau
merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan
menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira’.
2)
Siti Fatimah
Anak
Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya
Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu
wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3)
Siti A’ishah
Beliau
isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan
minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi saw minum di situ beliau akan minum
menggunakan bekas yang sama.
4)
Siti Hajar
Isteri
Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan
oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk
anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5)
Siti Mariam
Wanita
suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6)
Siti Asiah
Isteri
Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada
Firaun Laknatullah.
7)
Siti Aminah
Wanita
mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan
mulia.
8)
Siti Muti’ah
Isteri
yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada
suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya
sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan
suaminya sahaja.
9 )
Siti Zubaidah
Wanita
kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan