Ujub ialah PERASAAN
kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan
kehebatan diri.
Perasaan
ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang
yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang
yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang
yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang
yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang
berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Sufyan
at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga
kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif
rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam
keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum
dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang
sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau
berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari
orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Ingatlah,
semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada
Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
(Surah
An-Nisaa’, sebahagian ayat 36)
Nabi
saw. bersabda,
“Apabila
seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang
disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya
(perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus
ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR
Bukhari dan Muslim)
Nabi
saw. bersabda,
“Ada
tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati,
hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR
Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Imam
Nawawi rahimahullah berkata, “Ketahuilah bahawa keikhlasan niat terkadang
dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan
terhapus amalnya.”
(Syarh
Arba’in)
Ujub
ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada
setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub
ini.Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub.
Rujukan
:
http://dirihamba.blogspot.com/2012/03/jauhkan-perasaan-ujub-dalam-kehidupan.html
Srikandi
permata berkata… Salah seorang ulama salaf
pernah berkata: “Seorang yang ujub akan tertimpa dua kehinaan, akan terbongkar
kesalahan-kesalahannya dan akan jatuh martabatnya di mata manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan