Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 23 April 2014

Q 90 : ALLAH MENGHALANGI TAUBAT PELAKU BIDAAH

Rasulullah shallallaahu’alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah menghalangi taubat semua pelaku bidaah.”
(Diriwayatkan oleh Ath-Thabaraaniy dlm Al-Ausath no. 4202, hasan)

Pelaku maksiat lebih mungkin untuk bertaubat kepada Allah Taala dari perbuatannya, kerana ia tahu bahawa yang diperbuatnya tersebut keliru dan dosa. Berbeza halnya dengan pelaku bidaah yang menganggap baik perbuatannya dan berkeyakinan Allah Taala mencintai perbuatannya. Padahal syaitanlah yang menghiasi perbuatan bidaah tersebut hingga nampak indah di matanya.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)? Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjuki siapa yang dikehendakiNya.”
(QS. Faathir : 8)
http://www.facebook.com/albadar82




Tiada ulasan:

Catat Ulasan