Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 23 April 2014

Q 84 : ALLAH SWT ITU NYATA

Dalam Asmaul Husna salah satu nama Allah adalah AD-ZAHIR ertinya Maha Nyata.
Allah taala zahir sebagaimana firmanNya yang ertinya :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
( Al Baqarah: 186).

Dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu, tetapi kamu tidak melihat.
(QS Al-Waqi’ah: 85).

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(QS. Qaaf: 16)

Allah swt berfirman kepada NabiNya,

Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).”
(QS Al-’Alaq [96]:19 )

Allah itu dekat itu bukan bererti bahawa Allah Taala bertempat di bumi, di langit atau di mana-mana. Maha suci Allah Taala dari “di mana.”
Allah itu dekat dapat kita yakini dengan SifatNya, NamaNya dan perbuatanNya sedangkan SifatNya, NamaNya dan perbuatanNya tidak berpisah dengan zatNya. Jadi dengan sifatNya, NamaNya dan perbuatanNya lah kita menjadi seolah-olah melihat zatNya inilah yang dinamakan dengan Ihsan atau Tasauf dalam Islam yang salah satu pokoknya adalah tentang mengenal Allah Taala (ma’rifatullah).
Hal yang menarik adalah sebahagian muslim ada yang memahami bahawa Allah Taala bertempat di atas Arasy dan sebahagian lain memahami bahawa di atas Arasy bukan maknanya bertempat di atas Arasy.
Bagi yang berpemahaman bahawa “di atas Arassy” bukan sebagai tempat ZatNya, tentu juga memahami bahawa ZatNya tidak di langit dalam erti langit sebagai tempat sehingga tidak membenarkan orang yang menunjuk ke langit (ke arah awan berada) untuk menjawab pertanyaan “di mana Allah?” Maha suci Allah dari “di mana.”
Sebahagian muslim memahami bahawa Allah itu dekat dengan ilmuNya bukan ZatNya berdasarkan bahawa ilmuNya meliputi makhlukNya sedangkan ZatNya bertempat di atas Arasy.
Bagaimanakah mungkin ZatNya berpisah dengan namaNya, sifatNya atau perbuatanNya.
Sebahagian muslim memahami bahawa Allah menguasai atau mengatasi semua makhlukNya termasuk Arasy.
Mungkin ada yang bertanya apakah Allah Taala tidak menguasai di bumi?
Pertanyaan seperti inilah yang memahami bahawa Arasy adalah tempat bagi zatNya
Sayyidina Ali ra mengatakan Sesungguhnya Allah menciptakan ‘Arsy untuk menampakkan kekuasaanNya bukan untuk menjadikannya tempat bagi ZatNya.”

Allah berfirman dalam hadist Qudsi:

Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan menampung Aku. Hanya hati orang beriman yang sanggup menerimanya.
Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenal, maka aku ciptakan makhluk agar mereka mengenalKu.
Tuhan menciptakan makhluk supaya mengenal Dia dengan sebenar-benar kenal, berhubungan dengan mesra, terus menerus berdialog dengan Tuhan agar kita terus terbimbing ke jalanNya.
Wassalam
http://mutiarazuhud.wordpress.com/2011/01/14/allah-itu-nyata/




Tiada ulasan:

Catat Ulasan