Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 21 April 2014

Q 63 : MACAM MANA NAK CUCI HATI?

Antara cara nak murnikan hati:

1. Jaga solat dengan sempurna,
2. Solat taubat setiap malam sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari & banyakkan zikrullah,
4. Baca al Quran setiap hari,
5. Minta maaf daripada orang lain & maafkan semua orang,
6. Bisikan kendiri yang positif,
7. Muhasabah & refleksi diri & berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas, dll,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati & bersedia menghadapi kematian setiap hari,
11. Kekalkan wuduk sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Banyakkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal & yang baik-baik),
15. Berkawan dengan orang alim & orang yang baik-baik,
16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tangan & kaki & deria hidu).
Mari kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dalam usaha untuk sentiasa memurnikan hati.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan