Kesakitan
bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau
bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya:
“Bahawa
Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda:
Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah
jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak,
cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan
pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah
sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak
tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat
sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya
ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih
sakitnya daripada itu.
Oleh
itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka
digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum
tidur:
Bacalah
surah Al-Ikhlas tiga kali
Selawat
ke atas Nabi
Membaca
tasbih
Amalan
harian:
Sentiasa
membaca al Quran
Memelihara
solat terutama solat fardu
Menghormati
(jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
Membaca
tasbih
Membanyakkan
sedekah
Sentiasa
berzikir menyebut Allah
Amalan
yang perlu dijauhi:
Dusta
Khianat
Mengadu domba
Khianat
Mengadu domba
Kencing
berdiri
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya
kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan