Allah
Taala berfirman;
Yang
bermaksud : "Mereka orang-orang yang beriman itu sama
menggutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri, meskipun mereka itu
sebenarnya adalah dalam kemiskinan."
(al-Hasyr:
9)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang bermaksud
: "Mereka orang-orang yang baik itu sama memberikan
makanan dengan kasih-sayangnya kepada orang miskin, anak yatim serta orang yang
tertawan," sampai akhirnya beberapa ayat.
(al
lnsan: 8)
562. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya saya ini adalah seorang yang
sedang dalam kesengsaraan." Beliau s.a.w. menyuruh ke tempat sebahagian
isteri-isterinya untuk meminta sesuatu yang hendak disedekahkan, lalu
isteri-isterinya itu berkata: "Demi Zat yang mengutus Tuan dengan benar,
saya tidak mempunyai sesuatu melainkan air." Kemudian beliau s.a.w.
menyuruh lagi ke tempat isterinya yang lain, maka yang inipun mengatakan
sebagaimana di atas itu. Jadi mereka itu semuanya mengatakan seperti itu pula,
iaitu: "Tidak ada, demi Zat yang mengutus Tuan dengan benar, saya tidak
mempunyai sesuatu melainkan air." Beliau s.a.w. lalu bersabda kepada
sahabat-sahabatnya: "Siapakah yang akan membawa orang ini sebagai tamunya
pada malam ini?" Seorang lelaki dari golongan Anshar berkata: "Saya,
ya Rasulullah." Orang itu berangkat dengan tamunya ke tempat kediamannya,
lalu berkata kepada isterinya: "Muliakanlah tamu Rasulullah s.a.w. ini."
Dalam
riwayat lain disebutkan:
"Orang itu berkata kepada isterinya: "Apakah engkau mempunyai
sesuatu jamuan?" Isterinya menjawab: "Tidak ada, kecuali makanan
untuk anak-anakku." Lelaki itu berkata pula: "Buatlah sesuatu sebab
kepada anak-anak itu dengan sesuatu sehingga terlupa dari makan malamnya. Jadi
kalau sudah waktunya mereka makan malam, maka tidurkanlah mereka. Jikalau tamu
kita telah masuk rumah, lalu padamkanlah lampunya dan perhatikanlah padanya
bahawa kita juga makan. Demikianlah lalu mereka duduk-duduk yakni tuan rumah
dengan tamunya, tamu itupun makan dan keduanya lelaki dan isterinya semalam itu
dalam keadaan perut kosong. Ketika menjelang pagi harinya, orang itu yang
menjadi tuan rumah pergi kepada Nabi s.a.w. untuk menerangkan peristiwa malam
harinya lalu beliau s.a.w. bersabda: "Benar-benar Allah menjadi hairan
dari kelakuanmu berdua suami-isteri terhadap tamumu malam tadi itu."
(Muttafaq
'alaih)
Menurut
penafsiran al-Qadhi 'lyadh, iaitu bahawa yang dimaksudkan dengan
"kehairanan Allah Taala" itu ialah keredhaanNya terhadap perbuatan
suami-isteri tersebut, atau akan diberi balasan pahala yang berlipat ganda,
tetapi dapat pula bererti bahawa Allah amat mengagungkan perilaku mereka. Namun
demikian dapat juga diertikan bahawa yang menjadi kehairanan terhadap kelakuan
kedua suami-isteri itu ialah para malaikatnya Allah, tetapi disebutkannya
bahawa "Allah yang menjadi hairan" itu semata-mata sebagai tanda
kemuliaan yang dilimpahkan kepada tuan rumah dan isterinya di atas.
563. Dari
Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Makanan untuk dua orang itu cukup untuk tiga
orang dan makanan tiga orang itu cukup untuk empat orang".
(Muttafaq
'alaih)
Dalam
riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Makanan seorang itu cukup untuk dua orang dan makanan dua orang
itu cukup untuk empat orang, sedang makanan empat orang itu cukup untuk lapan
orang."
564. Dari
Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
"Pada suatu ketika kita semua dalam bepergian bersama Nabi s.a.w.,
tiba-tiba datanglah seorang lelaki dengan menaiki kenderaannya, lalu mulailah
ia menengokan wajahnya ke arah kanan dan kiri. Kemudian bersabdalah Rasulullah
s.a.w.: "Barangsiapa yang mempunyai kelebihan kenderaan yakni lebih dari
apa yang diperlukannya sendiri, hendaklah bersedekah dengan kelebihannya itu
kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan barangsiapa yang mempunyai
kelebihan bekal makanan, maka hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak
mempunyai bekal makanan apa-apa." Selanjutnya beliau s.a.w. menyebutkan
berbagai macam harta benda dengan segala apa saja yang dapat disebutkan,
sehingga kita semua mengerti bahawa tidak seorangpun dari kita semua itu yang
mempunyai hak dalam apa-apa yang kelebihan sebab segala macam yang merupakan
kelebihan diperintahkan untuk disedekahkan."
(Riwayat
Muslim)
565. Dari
Sahal bin Sa'ad r.a. bahawasanya ada seorang wanita datang kepada Nabi
s.a.w. dengan membawa selembar burdah yang ditenun, kemudian wanita itu
berkata: "Saya sendiri menenun pakaian ini dengan tanganku untuk
saya berikan kepada Tuan agar Tuan gunakan sebagai pakaian." Nabi
s.a.w. mengambilnya dan memang beliau memerlukannya. Beliau keluar pada kita
dan burdah tadi dikenakan sebagai sarungnya. Kemudian ada orang berkata: "Berikanlah
burdah itu untuk saya pakai, alangkah baiknya." Beliau s.a.w.
bersabda: "Baiklah." Selanjutnya Nabi s.a.w.
duduklah dalam suatu majlis lalu burdah tadi dilipatnya kemudian dikirimkan
kepada orang yang memintanya tadi. Kaum(para sahabat) berkata kepada yang
meminta itu: "Alangkah baiknya perbuatanmu itu. Burdah itu dipakai
oleh Nabi s.a.w., sedangkan beliau memerlukan untuk dipakainya dan engkau juga
tahu bahawa beliau itu tidak akan menolak permintaan siapapun yang
memintanya." Orang tadi menjawab: "Sesungguhnya
saya, demi Allah, tidaklah saya memintanya itu kerana saya memerlukannya,
hanyasanya saya memintanya tadi ialah untuk saya jadikan kafanku yakni kalau
meninggal dunia."
Sahal
yang meriwayatkan Hadis ini berkata: "Maka burdah tersebut sungguh-sungguh
dijadikan kafannya."
(Riwayat
Bukhari)
566. Dari
Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w, bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya kaum Asy'ariyin itu apabila
habis bekal-bekalnya dalam sesuatu peperangan atau tinggal sedikit makanan
untuk para keluarganya di Madinah, maka mereka sama mengumpulkan apa-apa yang
masih mereka punyai dalam selembar kain pakaian, lalu mereka bahagi-bahagikanlah
itu antara sesama mereka dalam ukuran satu wadah dengan sama rata. Mereka itu
adalah termasuk golonganku dan saya termasuk golongan mereka pula."
(Muttafaq
'alaih)
Armalu ertinya sudah habis bekal mereka
atau sudah mendekati kehabisannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan