Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Berilah pengampunan, perintahlah kebaikan
dan janganlah engkau menghiraukan kepada tindakan orang-orang yang bodoh."
(al-A'raf:
199)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
bermaksud : "Berilah orang-orang itu maaf yang
baik."
(al-Hijr:
85)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Hendaklah mereka memberikan pengampunan dan
berlapang dada. Tidakkah engkau semua senang jikalau Allah memberikan
pengampunan pula kepadamu?"
(an-Nur:
22)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan orang-orang yang suka memaafkan kepada
orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."
(ali-lmran:
134)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Dan nescayalah orang yang berhati sabar dan
suka memaafkan, sesungguhnya hal yang sedemikian itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan
yang dilakukan dengan keteguhan hati."
(as-
Syura: 43)
Ayat-ayat
dalam bab ini banyak sekali dan dapat dimaklumi.
641. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya ia berkata kepada Nabi s.a.w.:
Yang
bermaksud : "Adakah pernah datang pada Tuan suatu hari
yang lebih sukar penderitaannya daripada hari peperangan Uhud?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Ya, saya benar-benar pernah menemui peristiwa gawat itu
dari kaummu. Sesuatu yang saya hadapi yang terberat penderitaannya dari mereka
itu ialah pada hari 'Aqabah. Pada suatu ketika saya menawarkan diriku kepada
Ibnu Abdi Jalil bin Aban Kulal salah seorang terkemuka di daerah Thaif dan
kedatangan Nabi s.a.w. ke situ adalah untuk meminta bantuan. Tetapi ia tidak
mengabulkan apa-apa yang saya kehendaki. Selanjutnya sayapun
berangkatlah(kembali) dan saya dalam keadaan dukacita, tampak di wajahku. Saya
tidak sedar dari keadaan sedemikian itu melainkan setelah saya berada di
Qarnuts Tsa'alib(nama suatu tempat). Kemudian saya mengangkat kepalaku,
tiba-tiba tampaklah suatu awan yang menaungi diriku. Saya melihat ke atas dan
sekonyong-konyong disitu ada Jibril Alaihis-salam. Ia mengundang saya, lalu
berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala telah mendengar perihal pembicaraan kaum
Tuan kepada Tuan dan bagaimana cara penolakan mereka atas permintaan Tuan itu.
Allah kini mengutus untuk Tuan malaikat penjaga gunung-gunung supaya Tuan dapat
menyuruhnya tentang apa saja yang Tuan inginkan." Seterusnya malaikat
penjaga gunung-gunung itu mengundang saya, lalu memberi salam terus berkata:
"Hai Muhammad, sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan oleh
kaum Tuan kepada Tuan dan saya adalah malaikat penjaga gunung-gunung. Tuhanku
mengutus saya untuk Tuan agar Tuan menyuruh saya dengan mematuhi perintah Tuan.
Maka apakah kiranya Tuan suka, sekiranya Tuan menginginkan, jikalau umpamanya
saya tutupkan saja atas kaum Tuan itu dua buah gunung ini?" Nabi s.a.w.
lalu bersabda: "Bahkan saya mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari
tulang rusuk kaumku itu orang yang suka menyembah kepada Allah yang Maha Esa
serta tidak menyekutukan sesuatu denganNya." Jadi tawaran malaikat penjaga
gunung itu tidak diterima, bahkan mendoakan semoga di antara kaumnya itu ada
yang menjadi orang mukmin dan Muslim.”
(Muttafaq
'alaih)
Al-akhsyaban ialah dua gunung yang mengeliling
kota Mekah, sedang al-akhsyab ertinya ialah gunung besar.
642. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak
pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun
pelayan, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fisabilillah yakni di
medan pertempuran melawan kaum kafir. Tidak pernah pula beliau s.a.w. itu
terkena sesuatu yang menyakiti, lalu memberikan pembalasan kepada orang yang
berbuat terhadap beliau itu, kecuali jikalau ada sesuatu dari larangan-larangan
Allah dilanggar, maka beliau memberikan pembalasan kerana mengharapkan
keredhaan Allah Taala."
(Riwayat
Muslim)
643. Dari
Anas r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Saya berjalan bersama Rasulullah s.a.w. dan
beliau mengenakan baju buatan negeri Najran yang kasar tepinya, kemudian beliau
disusul oleh seorang Arab(penduduk negeri Arab bagian pedalaman), lalu
ditariklah selendang beliau itu dengan tarikan yang keras sekali. Saya(Anas)
melihat pada tepi leher Nabi s.a.w. dan amat membekas sekali tepi pakaian tadi
kerana amat sangat ditariknya. Selanjutnya orang Arab itu berkata: "Ya
Muhammad, perintahkanlah untuk memberikan padaku sesuatu dari harta Allah yang
ada di sisi Tuan." Nabi s.a.w. lalu menoleh pada orang itu terus ketawa
dan selanjutnya menyuruh supaya orang tadi diberi sesuatu pemberian
sedekah."
(Muttafaq
'alaih)
644. Dari
Ibnu Mas'ud r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Seolah-olah sekarang saya masih dapat
melihat kepada Rasulullah s.a.w. ketika beliau menceritakan seseorang Nabi dari
para Nabi-nabi shalawatullah wasalamuhu'alaihim, iaitu ketika Nabi tadi dipukul
oleh kaumnya, sehingga mereka menyebabkan keluar darahnya dan Nabi itu mengusap
darah tersebut dari wajahnya sambil berdoa: "Ya Allah, ampunilah kaumku,
kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengerti."
(Muttafaq
'alaih)
645. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Bukannya orang yang keras yang terpuji
menurut syarak itu orang yang menang dalam perkelahian, tetapi yang dinamakan
orang keras ialah orang yang dapat memiliki menguasai dirinya di waktu
marah."
(Muttafaq
'alaih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan