Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan tundukkanlah sayapmu yakni
rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin."
(al-Hijr:
88)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa
yang surut kembali dari agamanya yakni menjadi orang murtad, maka Allah nanti
akan mendatangkan kaum yang dicintai olehNya dan merekapun mencintai Allah.
Mereka itu bersikap merendahkan diri kepada kaum mukminin dan bersikap keras
terhadap orang-orang kafir."
(al-Maidah:
54)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Hai sekalian manusia, sesungguhnya
Kami(Allah) menciptakan engkau semua itu dari jenis lelaki dan wanita dan
menjadikan engkau semua berbangsa-bangsa serta berkabilah-kabilah, agar supaya
engkau semua saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang termulia di antara
engkau semua di sisi Allah ialah orang yang bertakwa dari kalanganmu itu."
(al-Hujurat:
13)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang
bermaksud : "Janganlah engkau semua berlagak dirimu
sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya
bertakwa."
(an-Najm:
32)
Allah
Taala berfirman pula:
Yang
bermaksud : "Dan orang-orang yang menempati
a'raf(tempat-tempat yang tinggi-tinggi) itu berseru kepada beberapa orang yang
dikenalnya kerana tanda-tandanya, mereka mengatakan: "Apa yang telah
engkau semua kumpulkan dan apa yang telah engkau semua sombongkan itu tidaklah
akan memberikan pertolongan kepadamu. Inikah orang-orang yang telah engkau
semua persumpahkan, bahawa mereka tidak akan mendapatkan kerahmatan dari Allah?”
Kepada mereka itu dikatakan: "Masuklah engkau semua dalam syurga, engkau
semua tidak perlu merasa ketakutan dan tidak pula bersedih hati."
(al-A'raf:
48-49)
600. Dari
'lyadh bin Himar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu
kepadaku, hendaklah engkau semua itu bersikap tawaduk, sehingga tidak ada
seseorang yang membanggakan dirinya di atas orang lain yakni bahawa dirinya
lebih mulia dari orang lain dan tidak pula seseorang itu menganiaya kepada
orang lain kerana orang yang dianiaya dianggapnya lebih hina dari dirinya
sendiri."
(Riwayat
Muslim)
601. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tidaklah sedekah itu akan mengurangi dari
harta seseorang dan tidaklah Allah menambahkan seseorang itu dengan pengampunan
melainkan ditambah pula kemuliaannya dan tidaklah seseorang itu bertawaduk
kerana mengharapkan keredhaan Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjat
orang itu."
(Riwayat
Muslim)
602. Dari
Anas r.a. bahwasanya ia berjalan melalui anak-anak, kemudian ia
memberikan salam kepada mereka ini dan berkata: "Nabi s.a.w. juga
melakukan sedemikian."
(Muttafaq
'alaih)
603. Dari
Anas r.a. pula, katanya:
Yang
bermaksud : "Bahawasanya ada seorang hambasahaya wanita
dari golongan hambasahaya wanita yang ada di Madinah mengambil tangan Nabi
s.a.w. lalu wanita itu berangkat dengan beliau s.a.w. ke mana saja yang
dikehendaki oleh wanita itu." Ini menunjukkan bahawa beliau
s.a.w. selalu merendahkan diri.
(Riwayat
Bukhari)
604. Dari
al-Aswad bin Yazid, katanya:
Yang
bermaksud : "Saya bertanya kepada Aisyah radhiallahu
'anha, apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya?" Aisyah menjawab:
"Beliau s.a.w. melakukan pekerjaan keluarganya yakni melayani atau
membantu pekerjaan keluarganya. Kemudian jikalau datang waktu solat, lalu
beliau keluar untuk mengerjakan solat itu."
(Riwayat
Bukhari)
605. Dari
Abu Rifa'ah iaitu Tamim bin Usaid r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Saya sampai kepada Nabi s.a.w. dan waktu itu
beiiau sedang berkhutbah, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang
yang gharib asing yakni bukan penduduk negeri itu datang untuk menanyakan
agamanya yang ia tidak mengerti apakah agamanya itu." Rasulullah s.a.w.
lalu menghadap kepada saya dan meninggalkan khutbahnya, sehingga sampailah ke
tempat saya. Beliau s.a.w. diberi sebuah kerusi kemudian duduk di situ dan
mulailah mengajarkan pada saya dari apa-apa yang diajarkan oleh Allah padanya.
Selanjutnya beliau mendatangi tempat khutbahnya lalu menyempurnakan khutbahnya
itu."
(Riwayat
Muslim)
606. Dari
Anas r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. apabila makan sesuatu makanan,
maka beiiau itu menjilati jari-jarinya yang tiga yakni ibu jari, telunjuk dan
jari tengah. Anas berkata: "Rasulullah bersabda: "Jikalau
suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka buanglah daripadanya itu
apa-apa yang kotor dan setelah itu makanlah dan janganlah ditinggalkan untuk
dimakan syaitan yang masih bersih tadi.” Beliau s.a.w. juga menyuruh
supaya bejana tempat makanan itu dijilati pula. Beliau bersabda: "Sesungguhnya
engkau semua tidak mengetahui dalam makanan yang manakah yang disitu ada
berkahnya."
(Riwayat
Muslim)
607. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:.
Yang
bermaksud : "Tiada seorang Nabipun yang diutus oleh
Allah, melainkan ia tentu menggembala kambing." Para sahabatnya bertanya:
"Dan tuan?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, saya juga menggembala
kambing itu, iaitu di Qararith. Kambing itu kepunyaan penduduk Mekah."
(Riwayat
Bukhari)
Erti
Qararith periksalah dalam Hadis no. 598.
608. Dari
Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., katanya:
Yang
bermaksud : "Andaikata saya dipanggil untuk mendatangi
jamuan berupa kaki bawah ataupun kaki atas maksudnya baikpun makanan yang tidak
berharga ataupun yang amat tinggi nilainya, nescayalah saya akan mengabulkan
undangan itu. juga andaikata saya diberi hadiah berupa kaki atas atau kaki
bawah, nescayalah saya suka menerimanya."
(Riwayat
Bukharj)
609. Dari
Anas r.a. katanya:
Yang bermaksud
: "Adalah untanya Rasulullah s.a.w. itu diberi nama
'Adhba', tidak pernah didahului atau hampir tidak dapat didahului. Maka
datanglah seorang Arab duduk di atas kenderaan yang dinaikinya, kemudian
mendahului unta beliau s.a.w. itu. Hal itu dirasakan berat sekali atas kaum
Muslimin yakni kaum merasa tidak senang terhadap kelakuan orang Arab tadi (Arab
ialah orang yang berdiam di negeri Arab bahagian pedalaman). Hal itu yakni
keberatan kaum Muslimin tadi diketahui oleh beliau s.a.w., kemudian beliau bersabda:
"Adalah merupakan hak Allah bahawasanya tidaklah sesuatu dari keduniaan
itu meninggi, melainkan pasti akan diturunkannya," maksudnya
bahawa harta atau kedudukan itu jikalau sudah mencapai puncak ketinggiannya dan
tidak digunakan sebagaimana mestinya tuntunan agama, pasti akan diturunkan
kembali oleh Allah.
(Riwayat
Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan