Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Dan barangsiapa yang mengagungkan
peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi
Tuhannya."
(al-Haj:
30)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Jikalau engkau memberikan pertolongan kepada
agama Allah maka Allah pasti memberikan pertolongan kepadamu semua dan
menetapkan kaki-kakimu."
(Muhammad:
7)
Dalam bab
ini Hadis-hadisnya termasuklah Hadis Aisyah yang terdahulu dalam bab Memaafkan.
647. Dari
Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amr al-Badri r.a., katanya:
Yang
bermaksud : "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi
s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya saya nescayalah membelakangkan diri
dari solat subuh yakni tidak ikut berjemaah kerana si Fulan itu, kerana ia
memanjangkan bacaan suratnya untuk kita." Maka saya(Abu Mas'ud) sama
sekali tidak pernah melihat Nabi s.a.w. marah dalam nasihatnya lebih daripada
marahnya pada hari itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia,
sesungguhnya di antara engkau semua ada orang-orang yang menyebabkan larinya
orang lain. Maka siapa saja di antara engkau semua yang menjadi imam orang
banyak dalam bersolat hendaklah ia menyingkatkan bacaannya, sebab sesungguhnya
di belakangnya itu ada orang yang sudah tua, anak kecil dan ada pula orang yang
segera hendak mengurus keperluannya."
(Muttafaq
'alaih)
648. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
Yang
bermaksud : "Rasulullah s.a.w. datang dari berpergian dan
saya telah memberikan tutup dalam rumahku dengan tabir yang tipis sekali, di
situ ada beberapa gambar boneka. Setelah Rasulullah s.a.w. melihatnya lalu
dirosaknya dan berubahlah warna wajahnya serta bersabda: "Hai Aisyah,
sesangat-sangatnya manusia dalam hal seksanya di sisi Allah pada hari kiamat
ialah orang-orang yang menyamai dengan apa-apa yang diciptakan oleh
Allah."
(Muttafaq
'alaih)
649. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha pula bahawasanya orang-orang Quraisy
disedihkan oleh peristiwa seorang wanita dari golongan Makhzum yang mencuri dan
wajib dipotong tangannya. Mereka berkata: "Siapakah yang berani
memperbincangkan soal wanita ini dengan Rasulullah s.a.w.?" Kemudian
mereka berkata pula: "Tidak ada rasanya seseorangpun yang berani
mengajukan perkara ini maksudnya untuk meminta supaya dimaafkan dan hukuman
potong tangan dikurangkan melainkan Usamah bin Zaid, iaitu kecintaan Rasulullah
s.a.w. Usamah lalu membicarakan hal tersebut pada beliau s.a.w., kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau hendak meminta tolong
dihapuskannya sesuatu had(hukuman) dari had-had yang ditentukan oleh Allah
Taala?" Seterusnya beliau berdiri dan berkhutbah: "Hanyasanya
yang menyebabkan rosak akhlaknya orang-orang yang sebelummu semua itu ialah
kerana mereka itu apabila yang mencuri termasuk golongan yang mulia di kalangan
mereka, orang tersebut mereka biarkan saja yakni tidak diterapi hukuman
apa-apa, sedang apabila yang mencuri itu orang yang lemah miskin dan tidak
berkuasa, maka mereka laksanakanlah hadnya. Demi Allah yang mengurniakan
keberkahan, andaikata Fathimah puteri Muhammad itu mencuri nescayalah saya
potong pula tangannya," yakni sekalipun anak sendiri juga harus
diterapi hukuman sebagaimana orang lain.
(Muttafaq
'alaih)
650. Dari
Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melihat ada hingus di arah kiblat,
maka hal itu dirasakan amat berat sekali dalam hatinya, sehingga tampaklah di
wajah beliau itu. Selanjutnya beliau berdiri dan menggaruknya yakni
menggosok-gosoknya dengan tangannya dan hingus itu dapat hilang sebab telah
kering. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang
di antara engkau semua itu berdiri dalam solatnya, maka sebenarnya ia sedang
bermunajat kepada Tuhannya di kala itu dan bahawasanya Tuhannya itu di antara
dirinya dan antara kiblat. Maka dari itu janganlah seseorang di antara engkau semua
itu berludah di arah kiblat, tetapi berludahlah di arah kiri atau di bawah
kakinya." Seterusnya beliau s.a.w. mengambil hujung selendangnya, lalu
berludah di situ, kemudian membolak-balikkan sebahagian selendang itu dengan
bahagian lainnya yakni digosok-gosokkan ludah tadi dengan kain selendangnya
berulang kali. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Atau mengerjakan
sedemikian ini."
(Muttafaq
'alaih)
Adapun
perintah berludah di arah kiri atau di bawah kaki itu apabila orang tersebut
bersolatnya tidak di dalam masjid. Tetapi jikalau di dalam masjid, maka
janganlah berludah melainkan wajib diletakkan dalam pakaiannya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan