Allah
Taala berfirman:
Yang
bermaksud : "Maka barangsiapa memberi untuk kebaikan dan
bertakwa, serta membenarkan(mempercayai) apa-apa yang baik, maka
Kami akan memudahkan padanya untuk menempuh jalan yang mudah iaitu mengerjakan
kebaikan, keimanan dan akhirnya ke syurga."
(al-Lail:
5-7)
Allah
Taala berfrman pula:
Yang
bermaksud : "Dan akan dihindarkan dari neraka itu orang
yang bertakwa, yang memberikan hartanya untuk kebaikan, agar menjadi
bersih jiwanya. Dan tiada seorangpun dari kenikmatan yang ada padanya akan
diberi pembalasan, melainkan kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha
Tinggi. Dan orang itu nantinya akan lega."
(al-Lail:
17-21)
Allah
Taala juga berfirman:
Yang bermaksud
: "Jikalau engkau semua memberikan sedekah dengan
terang-terangan, maka itu adalah baik, tetapi jikalau engkau semua
menyembunyikannya yakni tidak dengan cara terang-terangan dilihat orang lain,
kepada orang-orang fakir, maka hal itu adalah lebih baik lagi untukmu semua dan
dapat menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahanmu dan Allah adalah Maha
mengetahui apa-apa yang engkau semua lakukan."
(al-Baqarah:
271)
Allah
Taala berfirman lagi:
Yang
bermaksud : "Tidak sekali-kali engkau semua akan
memperoleh kebajikan sehingga engkau semua suka menafkahkan sebahagian dari apa
yang engkau semua cintai. Dan apa saja yang engkau semua nafkahkan, maka
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya."
(ali-lmran:
92)
Ayat-ayat
yang menerangkan keutamaan bernafkah dalam berbagai ketaatan itu banyak sekali
dan dapat dimaklumi.
569. Dari
Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang
bermaksud : "Tiada kehasudan yang dibolehkan melainkan
dalam dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta,
kemudian ia mempergunakan guna menafkahkannya itu untuk apa-apa yang hak
kebenaran dan seseorang yang dikurnia oleh Allah akan ilmu pengetahuan,
kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu antara dua orang atau dua
golongan yang berselisih serta mengajarkannya pula."
(Muttafaq
'alaih)
Keterangan
Hadis di atas baru saja diuraikan di muka(lihat Hadis no. 542).
570. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Yang
bermaksud : "Tiada kehasudan yang dibolehkan, melainkan
dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniai oleh Allah kepandaian dalam
al Quran membaca, mengertikan dan Iain-lain, kemudian ia suka bersolat dengan
membaca al Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia
oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada
waktu malam dan siang."
(Muttafaq
'alaih)
571. Dari
Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat
Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang
yang berharta banyak itu sama pergi yakni meninggal dunia dengan membawa darjat
yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal." Rasulullah
s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?" Orang-orang itu
menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat sebagaimana kita juga
bersolat, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah,
sedangkan kita tidak dapat bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan
hambasahaya dan kita tidak dapat memerdekakan itu." Rasulullah
s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan
sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang
mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada
seorangpun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang
mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?" Para
sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau
kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih Subhanallah, takbir Allahu
Akbar dan tahmid Alhamdulillah dalam setiap selesai bersolat sebanyak tiga
puluh tiga kali masing-masing." Selanjutnya kaum fakir dari
golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka
berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu
telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu merekapun
mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu." Rasulullah s.a.w.
lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang
dlkurniakan olehNya kepada siapa saja yang dikehendaki."
(Muttafaq
'alaih)
Ini
adalah lafaz riwayat Imam Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan